Milestones for PhD
Saya pernah membicarakan milestones untuk pelajar PhD sebelum ini. Mungkin kita perlu merenungkannya kembali, kerana perjalanan pengajian PhD perlu dibuat dengan teliti. Pada hemat saya, jangkamasa maksimum untuk defend proposal PhD tidak boleh lebih dari 12 bulan. Ini adalah kerana jika untuk defend anda perlu menunggu lama, maka tempoh baki pengajian tinggal sedikit aje. Jika perancangan kita untuk menyiapkan PhD adalah dalam 3 tahun, dan jika tempoh defend pun sudah hampir setahun, maka anda hanya ada 2 tahun untuk menyiapkan PhD. Satu petanda yang baik ialah jika kita mampu defend proposal awal. Dari pandangan penyelia, pelajar ini sudah boleh menjalankan fieldwork dan terdapat sinar untuk menyiapkan PhD dalam tempoh 3-4 tahun. Jika tempoh untuk defend memakan hampir satu tahun, maka anda mungkin dalam dangereous zone. Ini adalah kerana anda bukan lagi calon PhD dan anda hanya bakal calon PhD. Kena pula buat major correction pada proposal, maka ini akan mengurangkan kelancaran anda untuk menjalankan fieldwork. Penyelia anda akan mendapat sign bahawa anda mungkin ada masalah dalam perjalanan PhD selepas defend proposal nanti. Saya masih ingat lagi kata-kata bekas penyelia saya, Prof. Dr. Mohd Ridzuan, bahawa defend proposal ini adalah permulaan penyelidikan dan there are 99 steps to go. Oleh yang demikian, siapkan proposal anda dan defend sebelum tempoh satu tahun. Semoga berjaya sebagai calon PhD.
Comments