Penulisan Semasa Ph.D

Penulisan semasa Ph.D memang diperlukan, dan ada sesetengah universiti mewajibkan calon Ph.Dnya menerbitkan beberapa buah artikel. Penerbitan artikel dalam jurnal diperlukan bagi mendedahkan calon Ph.D kepada enviroment penyelidikan sebenar, di mana setiap penyelidikan yang telah dijalankan perlu dibentang di seminar atau/dan diterbitkan dalam jurnal. Pemilihan jurnal juga perlu diambilkira kerana setiap jurnal mempunyai status atau ranking tertentu. Amatlah baik jika calon Ph.D menerbitkan hasil kajian dalam jurnal berstatus impact factor. Buat makluman, tidak semua jurnal dalam Emerald, Elsevier, Inderscience, Science Direct, Proquest etc. mempunyai status impact factor. Oleh yang demikian, anda perlu merujuk kepada Thompson Scientific bagi mengetahui status sesebuah jurnal. Kadang-kala ada sesetengah jurnal akan memaklumkan di ruangan author's guidelines, sama ada jurnal tersebut tersenarai dalam impact factor jurnal. Selain dari itu, Kementerian Pengajian Tinggi menyenaraikan beberapa jurnal berimpak tinggi (high impact factor jurnal) sebagai rujukan. Calon Ph.D juga perlu mengetahui bahawa nilai kertas perbentangan di seminar tidak sama dengan nilai artikel yang diterbitkan dalam jurnal impact factor. Ada satu kes seorang calon Ph.D menerima keputusan thesis beliau daripada external examiners, seorang external dari UK dengan ulasan, "excellent job", manakala external examiner dari Malaysia memberikan "major correction". Bila terdapat kecelaruan dalam penentuan keputusan, maka pengerusi viva-voce bertanya kepada calon Ph.D tersebut samada beliau telah menerbitkan artikel daripada hasil kajian Ph.D. Calon Ph.D tersebut memberitahu bahawa beliau hanya membentangkan kertas kajian Ph.Dnya di seminar antarabangsa. Dengan jawapan tersebut, pengerusi viva-voce bersetuju untuk memberikan thesis Ph.D beliau sebagai-major correction. Oleh yang demikian, dari pengalaman yang saya sebutkan tadi, maka penerbitan artikel dalam jurnal berimpak tinggi amat bernilai dan ianya perlu diterapkan kepada calon Ph.D. Dengan cadangan-cadangan yang diterima daripada reviewers, calon Ph.D akan dapat membuat penambahbaikkan thesis Ph.D mereka. Pada hemat saya, calon Ph.D perlu menerbitkan artikel dalam jurnal impact factor sekurang-kurangnya dua artikel semasa dalam tempoh pengajian. InsyaAllah, budaya penulisan akademik ini akan berterusan walaupun anda telah menamatkan pengajian. Selamat menulis!

Comments

Popular Posts