Research Methodology
Sebenarnya ada yang mungkin tidak perasan bahawa kadang-kala kita sememangnya pelajar cemerlang dalam kelas research methodology. Kalau ikut score dalam kelas, kita akan dapat markah yang baik, A katakan. Tetapi, dengan markah yang baik itu, kita masih menghadapi kesukaran semasa melakukan penyelidikan, terutamanya di peringkat PhD. Kalau nak kata bab research methodology itu, semua terms dah hafal, dah baca, tetapi kenapa masih ada masalah masa buat research? Bagi saya score dalam kelas tidak sama dengan menjalankan kajian yang sebenar. Mungkin dalam kelas kita mampu menghafal berbagai teknik, hubungkait pembolehubah (variable) atau berbagai terms lain dan alangkah malangnya jika akhirnya nak bentuk problem statement dalam thesis PhD pun rasa susah dan tak betul pula. Jawapannya ialah kefahaman, dan bukannya score dalam kelas semata-mata. Score dalam kelas sangat baik dan paling baik bagi calon PhD ialah memahami dengan jelas cara-cara mengendalikan penyelidikan. Perkara asasnya ialah kefahaman dalam menjalankan research dan ditambah dengan bakat/kreatif. Kalau kita masih tidak 'faham', sila bertanya kepada sesiapa yang mahir dalam bidang yang hendak ditanya. Baca buku penyelidikan. Jangan jemu bertemu penyelia. InsyaAllah, kalau anda sudah 'faham', penyelidikan anda akan nampak terang jalannya dan akhirnya berjaya menyiapkan kajian tersebut. Keywordnya ialah faham...
Comments
Prof. Norzaidi, terima kasih kerana sudi menerima salam perkenalan saya.
Teruskan tulisan Prof. di blog ini kerana saya akan mengikutinya setiap hari. Fungsinya sebagai pembakar semangat! Bukan senang nak senang!
Terima kasih banyak.