How to start research?

Mungkin persoalan ini selalu bermain diminda anda. Bagaimana hendak memulakan penyelidikan? Ramai yang mungkin akan terus ke PC dan mencari bahan-bahan bacaan dari online database. Ada juga terus ke library untuk menjenguk buku-buku teks dan jurnal. Di samping itu, ada yang memilih untuk terus mengumpulkan data dengan menghantar beberapa helai questionnaire kepada beberapa kenalan. Kalau begini anda lakukan penyelidikan, maka jalannya tidak berapa sesuai. Untuk memulakan penyelidikan, anda perlu observe dahulu. Anda perlu memerhatikan keadaan dan InsyaAllah anda akan dapat satu topik kajian yang baik. Sebagai contoh, jika anda sebagai pensyarah, dan sedang menunggu pelajar di dalam kelas dan setelah waktu tiba untuk mengajar hanya 10 orang sahaja yang hadir. Perkara ini juga berlaku pada minggu lepas dan sebelumnya. Maka dengan pemerhatian ini, anda boleh mengambil satu tajuk yang baik iaitu student absenteeism. Apa akan berlaku jika ramai pelajar tidak hadir ke kelas? Itu persoalannya dan anda boleh kaitkan dengan masalah terbesar jika pelajar tidak hadir kuliah, iaitu students' performance. Jika selalu tidak hadir kuliah, berkemungkinan besar performance pelajar akan turun. Anda akan terus mengkaji dengan mengadakan pre-study dengan bertanyakan beberapa orang pensyarah serta pelajar di fakulti. Maklumat yang dikumpul akan anda kaitkan dengan literature dan theory. Begitulah kalau hendak memulakan penyelidikan...

Comments

Anonymous said…
HAPPY BIRTHDAY DARLING & CONGRATULATIONS ON ALL THE GOOD NEWS......

YOUR LOVELY WIFE
CCH
fusarium solani said…
salam,
nampaknya ada orang sambut hari lahir semalam. he!he1 selamat hari lahir prof. ke berapa ek?
Balkish said…
happy belated birthday...moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki lagi
Tima kasih, Balkish. Bertambah umur, bertambah dekat dengan ....