Kelas Research Methodology

AlhamduLillah, saya diberikan tugasan untuk mengajar kelas research methodology bagi semester ini. Kelas seramai 43 orang pelajar ini merupakan pelajar muda dan sangat teruja untuk belajar benda baru. Hari ini saya memulakan dengan penerangan makna penyelidikan asas dan penyelidikan aplikasi (applied). Nampaknya mereka dapat membezakan kedua-duanya. Saya uji pula mereka dengan maksud pengetahuan dari penyelidikan dengan menggunakan artikel dalam buku Selection of Research Papers in Social Sciences and Management, dan AlhamduLillah, mereka faham. Begitulah, jika kita mahu mengenali penyelidikan maka dengan mudah dapat memahaminya. InsyaAllah, saya akan ajar pelajar ini sehingga mereka dapat menerbitkan artikel dalam Emerald atau jurnal berimpak tinggi lain.

Comments

fusarium solani said…
Salam,Prof.Norzaidi.

Ulam dicita, pucuk yang tiba! Saya menyinggah dari blog abang Khairil, Troy.

Lama saya mencari blog pensyarah yang boleh memberi maklumat tentang pengajian selepas ijazah pertama.

Masih dalam proses menyimpan wang untuk melanjutkan pengajian. Moga-moga Allah swt permudahkan saya.

Terima kasih kerana Prof. Norzaidi rajin berkongsi ilmu.
Sdr. Fusarium solani, AlhamduLillah, perkenalan di sambut dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, jika sdr. ada apa-apa untuk berkongsi atau bertanyakan berkenaan penyelidikan, saya akan cuba menjawabnya mengikut kemampuan yang ada. Saya doakan sdr. dapat meneruskan pengajian kelak, InsyaAllah.