Gift
Rothenberg
Macam biasa, kalau kita pergi ke suatu tempat, lazimnya kita akan membeli buah tangan. Buah tangan yang dimaksudkan ialah 'gift' atau dalam bahasa melayu, cenderahati. Di German ini berbagai-bagai cenderahati dijual. Dari pinggan kecil sampai rumah replika. Seperti aktiviti biasa, saya dan Intan akan berborong sakan segala yang dijual termasuk key-chain, beg tangan, pinggan kecil, topi, pelekat magnet, dan T-shirt. Kami sempat singgah di Main-Frankfrut dan Rothenberg untuk membeli dan belah. Usaha borong memborong diteruskan walaupun matawang Euro sangat tinggi. Masa itu Euro 1 = RM 5.11. Huh...pening juga bila buat bayaran. Di German, tawar menawar tidak akan berlaku, walaupun kita guna tektik pembelian di Petaling Street. Orang German kata barang yang dijual sudah diberikan discount khas. Kedai yang ada duty-free akan menyediakan borang untuk pelancong rebate duit di lapangan terbang. Hari itu, Intan dapat rebate Euro 25. Dengan duit rebate tu, Intan sambung borong kat lapangan terbang pula. Boleh dikatakan, usaha pembelian berjalan agak lancar tetapi perlahan-lahan kerana kami digalakkan untuk membuat window shopping. Kalau di Rothenberg, harga cenderahati agak mahal sedikit berbanding di pusat pelancongan. Orang German sendiri yang pesan supaya membeli di sekitar pusat pelancongan dan bukan di pusat pelancongan.
Comments