Durian

Salah satu hobby saya ialah makan durian. Hobby ini telah dipupuk semenjak kecil lagi. Boleh dikatakan semua keluarga saya gemar makan durian. Tak siapa pun yang complain pasal bau busuk ke, duri tajam ke, etc. Semua sukakan durian. Saya masih teringat bila abah selalu beli durian kat pasar. Kami memang hantu durian, dan tak sabar nak tengok abah kopek buah durian. Semua duduk keliling abah dan cuba minta satu ulas aje. Nanti kita makan dengan pulut, baru best! kata abah. Cuba anda bayangkan isi durian warna kuning tembaga berada di dalam pinggan bersama pulut yang masih panas. Nampak wap panas 'disekeliling' pulut...Bubuh pula kuah santan bersama gula. Em..emm tak boleh nak bayangkan. Bila sebut durian, kebetulan sekarang ini musim durian, saya jadi tak senang duduk. Kenapa? Huh..ni kena cari durian. Dulu masa di Johor, durian Segamat sememang popular. Banyak betul durian di kawasan ini, sampai harga 1 bakul rotan hanya RM12 aje. Baru-baru ni saya contact best friend, Basar nak tahu sama ada durian dah banyak di Segamat. Basar kata dah banyak, kalau nak pi kat simpang JPJ lama. Huh...best betul. Semalam, sememangnya rezeki saya. Bapa mentua dari Taiping, 'serah'kan beberapa biji buah durian, bersama buah tempatan lain. AlhamduLillah...lepas makan, badan berpeluh, dan itulah penangan durian kampung.

Comments

fusarium solani said…
Salam,
Nampaknya Prof. dan saya berkongsi memori indah yang sama dengan buah durian. Ayah saya begitu juga, sanggup berhabis wang menoreh getah semata-mata nak belikan anaknya durian yang bermutu. Kami pun sanggup berkerumun dikelilingnya minta cuba seulas. Lepas itu mesti disambut oleh mak dengan kata-kata, kita makan dengan pulutlah, semua boleh merasa.
Sehingga kini , ayah masih tak berubah menyuruh kami balik makan pulut durian bila tiba musimnya.
Baru Ahad lepas saya menziarahi ayah, dibekalkan saya buah rambutan kasih ayah dan ibu buat saya sayu nak kembali ke bandar ini!
Nak pergi Segamat makan durian, jangan lupa ajak saya!
Sahabat, AlhamduLillah, kerana berkongsi pengalaman makan buah durian. Memang, abah saya sukakan durian dan emak akan masak pulut untuk kami.

Popular Posts