Seminar
Dari UiTM, Intan, Prof. Fauziah (Penolong Naib Canselor, ILQaM) dan saya
Saya dan Intan bertolak ke Rothenberg dari Frankfrut pada hari ketiga. Kami bernasib baik kerana tempat tinggal kami, Hotel Quality, tidak berapa jauh dari Pusat Keretapi. Dari Frankfurt kami ke Fraport-Lapangan Antarabangsa Frankfurt ke Nuremberg. Perjalanan keretapi ke lapangan terbang hanya 15 minit. Sampai di Lapangan Terbang, terus kami ke pintu masuk ke Nuremberg. Perjalanan ke Nuremberg hanya 50 minit dengan kapalterbang, manakala 1.15 jam dengan teksi. Tambang kapalterbang lagi murah dari tambang teksi (Euro 49 tambang kapalterbang dan Euro 280 tambang teksi ke Rothenburg). Dari Nuremberg kami akan ke Rothenberg, samada menaiki bas atau keretapi. Ini adalah kerana Rothenberg tak ada lapangan terbang. Tiba di Nuremberg, kami bertanya kepada Information people, dan depa suggest naik keretapi sebab tambangnya hanya Euro 14 berbanding teksi, Euro 110 (Nuremberg ke Rothenburg). Kami terus naik keretapi. Keretapi German ni macam KTM punya. Pemandangan di kiri kanan perjalanan sememangnya cantik. Ciptaan Allah tiada bandingannya. Sebenarnya susah berjalan di German sebab maklumat signage-nya tak berapa lengkap. Kelam kabut juga kami cari platform untuk ke satu tempat. Dari Nuremberg ke Rothenberg kami perlu tukat 4 kali keretapi dengan beg yang berat! Memangla murah tapi tersangatlah letih. Perjalanan ke Rothemberg mengambil masa 2 1/2 jam. Pada hari yang sama kami perlu mendaftar untuk seminar. Tepat pukul 6.00 petang, saya dan Intan bergegas ke lobi untuk pendaftaran peserta. Heh..zaidi, saya pun toleh ke belakang. Siapa panggil nama aku. Heh! Terkejut saya bila tahu orang yang menegur saya Prof. Fauziah. So, banyak berceritala kita...Tak sangka, ingatkan hanya saya, Intan dan Basar yang akan ke German, tapi Prof. fauziah juga ada. Begitulah...dunia ini kecil...
Comments