Luar Negara

Seronok dapat bergambar depan muzium yang ditutup

Tepi sungai di Frankfrut, Germany

Lama saya tak ke luar negara. Kalau tak silap, dah dekat setahun saya ke South Korea. Dulu bentang kertas kajian dan sekarang pun bentang kertas kajian. AlhamduLillah, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Frankfurt berjalan dengan baik sekali walau pada mulanya kapalterbang kami mengalami masalah teknikal, kata pilot la. Di Frankfurt, saya dan Intan, menyelinap/meneroka ke setiap ceruk bandar. Setiap simpang kami lalui. Kebetulan pula, hotel kami terletak di tengah-tengah kota Frankfrut, so kami ambil peluang berjalan sampai malam. Malam dikira pada pukul 9.00 malam, sebab hari baru nak gelap. Paling best, kami tak naik kenderaan melainkan menggunakan kaki. Kenapa? Sebab setiap tempat yang kami nak pi dekat aje. Kena pula masa ini tengah demam Euro 2008, suasana sememangnya amat meriah. Ramai rakyat German dok sibuk mengibarkan bendera negara ke hulu ke hilir bagi menyambut kemenangan negara. Depa ini sama naik dengan bangsa Turki. Apa depa buat? Depa naik kereta laju-laju dan bersorak ramai-ramai dalam kereta sambil mengibarkan bendera Turki. Memang fanatic betul depa ni dengan bola sepak. Tak sama langsung dengan keadaan di negara kita. Rakyat German akan beramai-ramai ke screen besar Euro 2008 dan pakat tunggu sampai tamat perlawanan. Kalau German menang, depa akan bunyikan hon kereta. Happening betui! Selama 3 hari di Frankfurt, kami berjalan-sakan sambil berpandukan peta yang disediakan pihak hotel. Masalahnya di sini, kebanyakkan maklumat dalam bahasa German. Susah juga, tetapi bangsa German ni fasih berbahasa Inggeris, so tak jadi masalah balik bila kita nak bertanya apa-apa. Kalau rasa nak sesat, tanya aje orang tepi jalan, depa akan tunjukkan jalan. Tak rasa takut macam kat sini. Kebetulan pula Intan bertudung, kejap-kejap ada aje orang bagi salam. Ingatkan siapa. Rupanya bangsa Turki yang dikatakan berjumlah 2 juta warga di Frankfrut. Banyak plan kami buat semasa di Frankfrut. Kami cuba melawat beberapa muzium, tapi banyak yang tutup sebab depa buat renovation. Dalam dok mencari tempat strategic untuk bersantai, kami secara tidak sengaja terjumpa sungai besar di tengah kota Frankfurt. SubhanAllah! Apa lagi, kami pun berposing sakan. Sampai guna dua kamera lagi. Begitulah, kalau lama tak bergambar...

Comments

Syah said…
seronok nooo pi luak negri niii
Unknown said…
Frankfrut, Germany wow best

Popular Posts