Target

Setiap tahun kita perlu tetapkan target. Saya ada target pada setiap tahun. InsyaAllah, dalam satu tahun saya bercadang untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu buku, dua artikel dalam high impact factor journal, 2 kertas pembentangan antarabangsa dan 3 pingat pertandingan rekacipta. Boleh ke kita capai semua ini? InsyaAllah, saya berkeyakinan dengan usaha yang tekun, doa dan bertawakkal, kita akan mencapai target ini setiap tahun. Bertepatan pula dengan waktu sekarang, untuk mendapat markah prestasi pada kadar 80%, kita perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu artikel. Manakala untuk diterima untuk pencalonan Associate Professor, kita perlu mempunyai penerbitan buku/artikel dalam jurnal berwasid sekurang-kurangnya 3 dan 7 bagi jawatan professor. Kalau ini sudah biasa dengan penerbitan, menyertai pertandingan rekacipta dan pembentangan kertas kerja, InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah. Teruslah menulis kerana ilmu yang ditulis dalam artikel atau buku akan memberi menfaat kepada insan lain, InsyaAllah.

Comments

Balkish said…
salam,
pertandingan reka cipta tu belum nampak jalan lagi lah Dr Zaidi...kena bagi panduan sikitlah nampaknya
InsyaAllah Balkish, balik mai Malaysia, bolehlah cuba-cuba masuk pertandingan rekacipta.

Popular Posts