Anugerah Penyelidik Contoh 2007

AlhamduLillah kerana saya terpilih sebagai penyelidik contoh 2007 di CSSR 2006/2007. Terima kasih kepada rakan sepejuangan, isteri tersayang, research-partner etc., Intan yang selalu memberi sokongan padu, tanpa jemu, dan sanggup menghadapi pahit getir di dalam memajukan diri dalam penyelidikan. Juga, tidak saya lupakan Prof. Dr. Azni, Prof. Dr. Normah dan Prof. Dr. Faridah yang sentiasa memberi peransang untuk saya sentiasa cemerlang dalam penyelidikan. Dengan anugerah ini, saya bersyukur kerana segala usaha yang dicurahkan telah menunjukkan hasil, terutamanya dalam penghasilan penyelidikan yang bermutu, termasuk penerbitan artikel dalam jurnal perdana dan penghasilan buku akademik.

Comments

Popular Posts