Logistics, Services, and Operation Management and Business Information Technology International Conference 2007, Seoul, South Korea


Sebelum tamat tempoh pengajian 3 tahun Phd, kami berdua berpeluang membentangkan kertas kajian PhD kami di LSOM and BIT International Conference di Seoul, Korea. Konferen ini dianjurkan oleh University of California, Los Angeles dan Korea University. Seramai 14 orang terpilih untuk membuat perbentangan. Di sini kami bertemu ramai kenalan yang sememangnya mahir dalam penulisan dan research. Ada chief-in-editor yang datangnya dari jurnal elit-perdana Emerald. Orang Korea sangat hormatkan tetamu. Banyak buah tangan diberikan kepada peserta. Bila waktu makan tengah, kami tak makan sebab takut tak halal makanan depa. Balik petang tu baru pekena maggi segera. Satu hal yang menarik ialah bila kami berdua dipanggil sebagai Professor. Macam...I would like to invite Professor Intan Salwani to present her research study....lepas tu saya pula...Professor Norzaidi...Masa present tak ada sebarang soalan. Ada yang minta contact number, e-mail...bila saya tunjukkan bahawa paper saya dah diterima untuk diterbitkan di IMDS, ada seorang pembentang dari Norway jumpa saya...nak tanya macamana boleh terbit kat IMDS...Sampai sekarang kami masih menghubungi beliau, . Dr. Reggie...Untuk pengetahuan, lawatan ini merupakan lawatan kedua kami selepas SIIF 2006.

Comments

Popular Posts