Saya dan isteri bersama rakan-rakan UiTM tiba di Seoul pada 3 November 2006. Cuaca di Seoul pada ketika itu amat dingin kerana kebetulan musim sejuk sudah semakin tiba. Ini merupakan kunjungan sulung kami ke Korea Selatan. Pada awal pagi, rombongan UiTM terus bergegas ke tempat pengipan yang berada ditengah-tengah kota metropolitan Seoul. Di waktu petang saya dan Intan cuba menjenguk-jenguk kota Seoul yang mempunyai kepadatan 10 juta orang. Pekan Seoul agak sibuk dengan kenderaan yang memenuhi setiap ruang jalan. Manusia korea berjalan cepat-cepat kerana cuaca semakin dingin sehingga menjejah -4C. Dalam hati saya, pekan Seoul hanya macam KL. Tempatnya tidaklah sebersih mana jika dibandingkan dengan Geneve, Switzerland. Di segenap legar jalan ada aje orang yang berniaga, buah-buahan, hand-phone jenama korea, sarung tangan dan macam-macam lagi. Harga di sini tentulah lebih murah berbanding di kompleks besar. Secara amnya, harga barang di Seoul agak tinggi kerana taraf hidup mereka setanding dengan kota metropolitan lain seperti London dan New York. Bila hari semakin gelap, saya dan Intan terus pulang ke hotel bagi menghilangkan lelah perjalanan menaiki kapal terbang tadi. Esok hari kami semua akan ke COEX untuk persiapan bagi pertandingan rekacipta, Seoul International Invention Fair, 2006.

Comments

Popular Posts