Jardine Botanical Garden, Geneve


Masa masih panjang, berpandukan peta, kami menuju ke taman botanikal terkenal di Geneva. Taman ini letaknya tidak berapa jauh dari United Nation, dan dibuka percuma. Saya dan Intan berposing sakan. Mana ada aje bunga yang cantik, snap aje. Paling unik sekali, pohon getah ada juga diperlihara di sini. Boleh dikatan semua jenis pohon yang terdapat di Malaysia, ada di sini. Hidup subur, hijau macam belakang rumah kita. Ulam pun ada, kena pula kita ni makan tak berapa kenyang, teringat sambal petai yang selalu dihidangkan di rumah. Oleh kerana terlalu leka dengan kecantikan taman ini, terlupa pula hari semakin gelap. Kami semua bertolak pulang ke Etap Hotel setelah puas menikmati alam ciptaan Tuhan.

Comments

Popular Posts