Venice Beach, LA, USA


Oleh kerana terlampau masyhuk nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Venice Beach, di mana Bay-Watch difilemkan, kami pun pergi ke sana. Dari jauh, terdampar pantai yang lebar, luas, saujana mata memandang. Beberapa orang pelancong asia sedang asyik mengambil gambar, sambil mengapai tangan tanda keseronokan. Ramai juga manusia lain yang berjalan mundar mandir, mungkin bagi tujuan exercise ringan. Ada juga yang sibuk mengangkat kenu untuk dilabuhkan ke tepi pantai. Kami pula...terus mengorak langkah ke pantai. Sekali lagi tertipu dengan promosi mat salih kerana pantai ini biasa aje, busuk pula...pantai port dickson, rasanya lebih hebat. Bila rasa dah jemu berada ditepi pantai kami terus ke kedai cenderamata. Pasti lagi terkejut sebab penjualnya berbangsa Korea yang langsung tak pandai bahasa Inggeris. Pengalaman berada di Korea dahulu saya gunakan untuk berkomunkasi dengan beliau. Ala..hanya sekadar "Anyang Ha Sayo" "Apa khabar?" dah cukup untuk buat kami tertawa, walaupun tak satu barang pun kami beli dari kedai tu.

Comments

Popular Posts