Pertandingan rekacipta, Geneva 2006



Ini merupakan pertandingan rekacipta antarabangsa pertama kami. AlhamduLillah dan terima kasih kepada Prof. Dr. Ani kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mewakili UiTM dan Malaysia di Geneva. Kami diberi booth yang paling tepi dan oleh kerana penyertaan UiTM agak besar pada tahun ini, booth kami diletakkan bertentangan antara satu sama lain. Pada hari pertama, kami menyusun semua kerusi, meja ditempat masing-masing. Kerjasama dari semua pihak dapat dilihat di sini. Semua membantu antara satu sama lain. Laksana mengemas rumah untuk menyambut hari raya aidil fitri. Nasib baik PM Rosli tak bawa langsir, silap-silap kita gantung di setiap booth. Bila semua dah dapat tempat, mulalah operasi mencantikan booth dijalankan. Bubuh lapik meja, tampal poster kecil, tampal gambar, dan paling penting gantung poster. Di Geneve, IRDC menyediakan dua jenis poster, satu dalam bahasa Inggeris dan satu dalam bahasa Peranchis. Dengar cerita orang Swiss tak faham langsung bahasa Inggeris. Kalau betul macam tu, poster bahasa Peranchis tu sangat berguna sebab tak la kami bercakap bak ayam dan itik, hanya kucing aje yang faham. Intan paling sibuk mengemas. Macam-macam style, kurang sedikit dari Eric Leong, Casa Impian I, kalau tidak dah tentu booth kami dapat anugerah booth comel, peringkat kampung belia 4B Sungai Lokan. Bila dah siap, saya dan Intan tersenyum lebar sambil mata tertumpu ke nama kami berdua yang tertampal di booth: I. S, Mohammed, N. Mohd Daud...di samping bendera Malaysia yang tergantung di atas kepala kami.

Comments

Popular Posts