Invention, Innovation and Design (IID)


Selepas ke Geneva, Switzerland, saya dan Intan mendapat semangat baru untuk terus berkecimpung dalam pertandingan rekacipta. Oleh itu AlhamduLillah, kami berdua mempertaruhkan satu kajian sosial sains dalam IID 2006. Masa itu segala pengalaman di IPTA R&D dan Geneva diguna sepenuhnya. Di IID kami didatangi empat orang hakim, seorang dari fakulti applied sciences, seorang dari law faculty, seorang dari business management faculty dan yang terakhir dari industri, managing director di sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Cyberjaya. Bermacam soalan ditanya. AlhamduLillah, semuanya berjalan lancar. Keesokkan harinya kami menunggu keputusan IID. Suspen juga sebab, peluang kami untuk ke peringkat rekacipta kebangsaan bergantung pada keputusan ini. AlhamduLillah, kami berjaya membawa pulang pingat perak. Syukur...kerana dengan keputusan ini, peluang kami untuk ke peringkat kebangsaan bertambah cerah...

Comments

Popular Posts