Main Salji di Korea


Masih teringat sewaktu di KL, saya dan Intan sibuk betul cari kasut yang tahan dengan salji. Nak pakai but masa belajar kat US tu, rasanya dah tak muat sebab kaki makin berotot, saiznya lari sedikit-aje. Paling susah cari kasut Intan sebab semuanya tak sesuai langsung. At last dapat jumpa kat Mid-Valley, jenama snowfly. Bila Intan test berjalan atas salji kat Korea, rasanya berkesan. Saya pula pakai kasut bapa saya, ingatkan okay...tapi betul sebab kaki saya lebih berotot dari 10 tahun dahulu, kasut tu mengecil. Sakit betul kaki saya, terhingut-hingut. Intan kesian tengok kaki-saya, then pergi cari kasut baru kat COEX. Dapat satu jenama tak berapa famous pun DMX, buatan Amerika. Mahal juga kalau dikira dalam rupiah. Bila cuba jalan atas snow, hah..hampir terbabas...pelik juga sebab kasut baru tu nampak bunganya tebal dan sememangnya sesuai digunakan atas salji. Intan bukan main lagi seronok berjalan atas salji, tapi saya bertatih ke kiri dan kanan lima cm...aje. Sedih...

Comments

Zam Tahir said…
Info yg menariklah, nampak sgt kena beli kt Malaysia, jumpa yg bkualiti dan harga mgkin okay lagi banding kat sana...
(alahai banyak komen saya penat naik taip prove bukan robot kt sini)

Popular Posts