Pertandingan rekacipta: Masuk secara tak sengaja


Catatan saya dan Intan amat menyeronokkan. Kami sebenarnya secara accident terlibat di dalam pertandingan seperti ini. Pada mulanya kami diberi peluang oleh Prof. Dr. Azni (PNC-Penyelidikan) di IPTA R&D 2005 selepas penerimaan anugerah khas penyelidikan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan di CSSR 2005, Terengganu. Selepas itu kami dah terkena badi untuk terus bergerak aktif dalam pertandingan sebegini. Bermula dengan satu research pada tahun 2006, bertambah ke 4 pada tahun 2007 dan InsyaAllah akan bertambah pada tahun 2008. Hasrat kami ialah untuk membudayakan kegiatan penyelidikan di kalangan pensyarah terutama dalam bidang sains and sosial. Terima kasih kepada Prof. Dr. Normah dan Prof. Dr. Azni yang banyak membantu kami berdua.

Comments

Popular Posts