Rumah di Bukit Bandaraya


AlhamduLillah, pada April 2005, saya dan Intan berpindah dari Putra Heights, Subang Jaya ke Bukit Bandaraya, Shah Alam. Masa tu tak berniat langsung hendak pindah tapi bila difikirkan tentang kos sewa yang tinggi di Putra Heights, adalah lebih baik kami beli rumah dari bayar sewa. Harga rumah? Berpatutan...bagi orang Shah Alam. Oleh kerana ini merupakan rumah kami yang pertama, maka seronok betul bila pindah ke rumah sendiri. Intan tak henti-henti mengemas. Pintu rumah perlu diubahsuai sebab tak muat nak masuk sofa. Bila tukang pintu nak datang, beliau tersesat ke Bukit Jelutong sebab alamat rumah kami di U11, dan Bukit Jelutong U12. Walaupun nampak dekat, tetapi jauhnya lebih kurang 10km. Kami menetap di Bukit Bandaraya sehingga tamat pengajian PhD, dan InsyaAllah akan terus tinggal di sana dalam semester akan datang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menziarahi kami di Bukit Bandaraya (i.e. Dr. Ahmad Zaki sekeluarga, Dr. Ismail Ahmad sekeluarga, Balkish sekeluarga, Mohd Bahrin sekeluarga, Kak Zaini dan Abg Johari, Prof. Dr. Normah, Dalila, Ust Saidin dan Kak Aki). Rumahku syoorga..ku.

Comments

Popular Posts