Projek IRPA: Pengurusan harta waqaf

Saya dan Dr. Ahmad Zaki membentangkan hasil penyelidikan IRPA, bertajuk "Pengurusan harta waqaf dan potensinya ke arah pembangunan pendidikan umat Islam di Malaysia" di Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Ogos lepas. Projek ini mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sebanyak RM196,000 dan ianya telah disempurnakan pada tahun 2006. Hasilan projek ini juga telah dibukukan dan dalam proses penerbitan Unit Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Beberapa kertas kerja berkaitan kajian ini telah di bentang di seminar peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada Prof. Dr. Azni, rakan-rakan penyelidik dan Prof. Madya. Dr. Mohamad Hashim, kerana sentiasa memberi sokongan semasa kajian dijalankan.

Comments

Popular Posts