Mengimbau peristiwa sewaktu dahulu


Masa tengah cari gambar dalam komputer, ter'klik' gambar majlis akad nikah. Kebetulan pula hari ini, 27 Oktober 2007, hari ulangtahun perkahwinan. Masa tu saya masih berukuran seluar 27 cm dan berjumpa Intan Salwani atas family arrangement adalah cukup bertuah bagi saya. Intan sangat mengambil berat tentang keluarga dan terutama adik-adiknya. Walaupun sekarang adik beliau dah besar panjang, kerja pun dah bagus, tanggungjawab Intan masih macam dahulu juga. Gemar dengan pantun, menulis, Intan sememangnya hebat, terutamanya bila bercakap, apa tidaknya, selama ini beliau adalah pembahas dan pemidato di sekolah dan universiti. AlhamduLillah, seorang isteri akan sentiasa membantu suami dan memberi galakkan, bagaikan Siti Khadijah yang sentiasa membantu suaminya, Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan isteri yang baik, bertanggungjawab, dan dah pandai buat lawak (selama ini Intan terlalu serius).

Comments

Popular Posts