Apa Yang Menarik di Pertandingan Rekacipta
Dah banyak kali saya dan Intan masuk pertandingan rekacipta. Dari Dewan Sri Budiman, PWTC, KLCC, sampai ke Geneve, Pittsburgh, Seoul; kami dah sampai. Seronok ke pergi pertandingan rekacipta? Ramai yang dok bertanya saya soalan yang sama berulang-ulang kali. Kalau nak tau, cuba masuk IID, then, baru tahu best ke tak pertandingan rekacipta. Bagi saya pertandingan rekacipta melatih saya untuk bertutur secara 'korporat' sebab kebanyakkan pengunjung yang datang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Ada pelajar tingkatan dua, pelajar universiti, pelajar darjah tiga dan ada bukan pelajar pun. Kalau orang korporat, lain cara bercakapnya. Asyik minta kad kita, sebab nak promote product kita dengan syarikat beliau atau syarikat lain. Sebab tu, kalau masuk pertandingan rekacipta, jangan lupa print business-card banyak-banyak sebab ramai yang akan minta. Mungkin kita tak perasan yang produk kita ada potensi untuk dipasarkan, tapi ahli korporat ini dan yang itu pula yang berkenan. Jangan main-main dengan mereka sebab, bila tengok kad depa, tertulis...Datuk...Tan Sri...hah macam tak percaya, tapi AlhamduLillah.... Ada juga yang meminta kita menulis artikel dalam majalah atau buletin jabatan mereka. Rezeki di sini amat murah sekali tak termasuk pingat yang 'mungkin' akan dimenangi. Begitulah serba sedikit cerita saya di pertandingan rekacipta. InsyaAllah kalau ada kelapangan, kita sambung lagi cerita...
Comments
Lebih seronok kalau saya pun dapat turut serta nanti..