Articles under-review


Articles under-review. Begitulah bila kita tulis dalam CV, apabila artikel kita masih dalam 'perhatian reviewers'. Buat pengalaman saya, masa untuk menunggu bagi proses penyemakan akan mengambil masa 3-6 bulan. Tempoh ini pula bergantung kepada berapa 'bagusnya' artikel yang dihantar. Jika chief-in-editor, tak berapa berkenan dengan artikel yang dihantar, maka tempoh 'menjawab' nya agak lambat sedikit. Alasan yang paling baik diberikan oleh chief-in-editor ialah-artikel ini tidak bertepatan dengan tema jurnal berkenaan. Kadang-kadang memang benarnya artikel yang disaring itu tidak bertepatan dengan tema jurnal. Kalau -chief-in-editor berkenan, dia akan hantar e-mail dengan message, we accept your article! Masa tu, tak tahu nak cakap, berapa seronoknya bila artikel kita diterima untuk diterbitkan. Bukan senang nak terbitkan artikel dalam high impact factor, sebab acceptance rate-nya kecil betul. Sebab itu ada sesetengah IPT di Malaysia yang menghadiahkan-saguhati kepada pensyarah yang berjaya menerbitkan artikel mereka dalam high-impact factor journal. Kebiasaannya, reviewers akan bagi komen masing-masing, dan kita diarahkan membuat beberapa ammendments sebelum artikel itu di terbitkan. Kalau di Emerald, penulis dikehendakki mengisi borang JAR bagi memberi kuasa kepada mereka untuk menerbitkan artikel berkenaan tanpa masalah IP di antara penulis dan penerbit. AlhamduLillah, buat masa sekarang ada beberapa artikel saya masih dalam under-review. Di antaranya ialah,

  • The impact of Intranet usage on middle managers' performance in the Malaysian port industry: An empirical assessment, International Journal of Information Technology and Decision Making-ISI ranked jurnal

  • Towards a holistic model in invetsigating the effects of Intranet usage on managerial performance: A study on Malaysian port industry-Maritime Policy & Management, ISI ranked jurnal

So, tengoklah kalau ada rezeki, dapat terbit lagi beberapa artikel dalam high-impact factor jurnals.

Comments

OLED said…
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the OLED, I hope you enjoy. The address is http://oled-brasil.blogspot.com. A hug.

Popular Posts