Manuskrip Terbaru-Pertandingan Rekacipta

AlhamduLillah, dalam 'dok' sibuk dengan tugasan harian, saya berjaya menyiapkan sebuah manuskrip terbaru yang bertajuk Pertandingan Rekacipta. Sememang saya dah mula menulis manuskrip ini semenjak kembalinya dari pengajian PhD dahulu, di UiTM Johor. Kalaulah manuskrip ini diterima, ia merupakan buku akademik saya yang ke-9. Saya banyak menerima pertanyaan mengenai pertandingan rekacipta, maka di situ timbullah rasa saya untuk menulis sebuah buku yang memberikan gambaran terperinci mengenai pertandingan rekacipta. Sememangnya pertandingan rekacipta bukan seperti perbentangan kertas kerja di seminar antarabangsa atau kebangsaan. Ianya lebih tertumpu pada bagaimana produk yang dihasilkan mempunyai 'novelty' dan memberi menafaat kepada masyarakat, dan negara, disamping potensinya untuk dikomersilkan. Secara amnya, manuskrip ini menyediakan pelbagai informasi mengenai pertandingan rekacipta iaitu;
  • Mengenali pertandingan rekacipta
  • Jenis pertandingan rekacipta
  • Sistem pengadilan
  • Penganjur pertandingan rekacipta
  • Piala dan pingat
  • Pembiayaan pertandingan rekacipta
  • Kategori produk untuk pertandingan
  • Contoh penyelidik yang berjaya di pertandingan rekacipta

Saya bersyukur dengan pertolongan-Nya, kerana saya masih lagi dapat menyambung kerja bakti dan mengembangkan sedikit ilmu. Terima kasih di atas sokongan terutamanya dari rakan-rakan di UiTM Johor, FBM dan FACT. Saya mendoakan semoga anda beroleh kejayaan di dunia mahupun di negeri akhirat. Amin.

Comments

Unknown said…
salam tuan,saya ahmad fariz bin fauzi, pegawai penyelidikan dan inovasi di kolej komuniti bukit beruang melaka. saya ingin menjemput tuan datang bagi ceramah di kolej komuniti bukit beruang berkenaan inovasi, rekacipta dan penyelidikan...

jika tuan bersetuju, ini email saya. fariz_38@yahoo.com