Berebut Jadi Agen

Kisah ini benar-benar berlaku sewaktu di Malaysia Technology Expo 2007. Ada seorang yang mengaku agen, meminta butiran-butiran produk yang kami pamerkan. Dengan bersungguh-sungguh dia menyatakan bahawa 'seseorang' dari universiti kami yang memperkenalkan produk kami kepada beliau. Beliau sempat menyakinkan, kalau produk kami dibenarkan untuk dipasarkan di bawah syarikat beliau, maka kami akan mendapat bayaran yang 'lumayan'. Pada masa yang sama datang seorang lagi agen yang duduk diam mendengar 'ceramah' agen yang tadi. Saya dan Intan hanya menganggukkan kepala, tanda sangat setuju. Beliau terus menerus cuba menyakinkan kami supaya produk kami dipasarkan melalui syarikatnya. Agen kedua pula masuk berbincang, juga cara yang sama, iaitu akan memberikan kadar bayaran yang 'lebih' menarik dari agen pertama, jika kami bersetuju memasarkan produk kami bersama syarikat beliau. Kecoh juga, bila kami terpaksa mendengar kedua-dua agen bercakap dalam satu masa mengenai cara pemasaran efektif, cara pembayaran royalti dan macam-macam benda...sampai kami berdua kata, okaylah macam ni, kami akan minta IRDC uruskan. Nanti kita tengok syarikat mana yang akan berikan perkhidmatan terbaik. Kami saling bertukar business card, dan berjabat tangan. Fuh...lama juga berurus niaga di "pertandingan rekacipta". So, pertandingan rekacipta merupakan medan berniaga, kalau ada rezeki produk kita akan dikomersilkan.

Comments