Buku terbaru-Wakaf Pengurusan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia

AlhamduLillah, saya dan Ustaz Dr. Ahmad Zaki menyambut buku baru yang diterbitkan oleh UPENA, UiTM. Buku ini merupakan hasilan dari projek IRPA yang dijalankan semasa Pengarah UiTM Johor PM Dr. Mohamed Hashim. Penyelidikan ini memakan masa selama 2 tahun, 2005-2007 dan meliputi beberapa buah Jabatan Agama Negeri, dan termasuk lawatan ke luar negara seperti Mesir dan Singapura. Syabas saya ucapkan juga kepada 'co-authors' buku ini; Ustaz PM Abdul Halim, Ustazah Che Zuina dan Ustaz Kamarulzaman yang juga bersama-sama menyiapkan buku ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih serta sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini.

Comments

Popular Posts