Geran Penyelidikan

Kita sekarang amat bertuah kerana dah ada banyak geran penyelidikan yang ditawarkan oleh kementerian, badan kerajaan, swasta dan universiti sendiri. Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) sebagai contoh, di tawarkan sebanyak 2 kali setahun oleh Kementerian Pengajian Tinggi. E-Science pula diwujudkan bagi menggantikan projek geran IRPA, di buka permohonannya sepanjang masa oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Permohonan boleh dibuat melalui laman web MOSTI. Paling terbaru, UiTM menawarkan sejumlah wang untuk penyelidikan jangka pendek bagi menggalakkan pensyarah dan pensyarah muda supaya aktif dalam penyelidikan. Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula menawarkan sejumlah wang untuk menjalankan kajian dalam pelbagai bidang dan ianya dibuka kepada semua pensyarah UiTM. Felda juga turut menyediakan sejumlah wang untuk penyelidikan di kawasan Felda. Saya berasa amat bertuah kerana dengan geran penyelidikan ini akan menggalakkan lagi lebih banyak aktiviti penyelidikan dikalangan pensyarah. Untuk keterangan lanjut mengenai geran penyelidikan ini; sila lawati laman web: http://www.uitm.edu.my/ dan terus ke portal Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC) di http://www.irdc.uitm.edu.my/

Comments

Popular Posts