Buku-buku Yang Telah Diterbitkan

AlhamduLillah, setelah beberapa tahun menceburkan diri dalam kerjaya pendidikan, saya telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku. Terima kasih di atas galakkan/sokonganpadu dari rakan-rakan dan keluarga yang tercinta. Saya tidak mahu hanya tertumpu pada satu bidang sahaja. Oleh yang demikian, selain penglibatan dalam pertandingan rekacipta, penulisan artikel dalam high-impact factor jurnal dan pembentangan kertas kerja di seminar kebangsaan/antarabangsa, penulisan buku juga menjadi 'hobi' kuat saya. AlhamduLillah, setiap manuskrip yang dihantar ke meja koordinator UPENA; dinilai dan diperkemaskan bagi menghasilkan buku yang bermutu serta sesuai dibaca di semua peringkat. Niat saya menulis buku lebih kepada berkongsi ilmu pengetahuan dan jauh sekali mengejar nama dan wang ringgit. Sebab itu, saya sentiasa menggalakkan budaya penulisan dikalangan pensyarah terutamanya yang masih belajar di peringkat PhD, kerana ilmu yang dikaji diperingkat ini mengandungi 'significant contribution to new knowledge' yang tinggi mutunya disamping maklumat yang terkini. Saya berharap, semoga usaha ini dapat diteruskan bagi menjana masyarakat yang berilmu pengetahuan. Senarai buku-buku yang telah diterbitkan;
  1. Study Guide to Portfolio Management, 2005, Norzaidi Mohd Daud, Jaafar Mohamad, Zulkifli Mohamed, RM 25.00, UPENA
  2. Information Technology Management Models: An Introduction, 2008, Norzaidi Mohd Daud, Intan Salwani Mohamed, RM 19.50, UPENA
  3. Selection of Research Papers in Social Sciences and Management, 2008, Norzaidi Mohd Daud, Zarina Denan, Mohd Bahrin Othman, Oswald Timothy Edward, Intan Salwani Mohamed, Hairulnizam Hashim, Fahmi Abdul Rahim, RM 18.00, UPENA
  4. Intranet and Electronic Data Interchange (EDI) Usage, Norzaidi Mohd Daud, Intan Salwani Mohamed, RM 16.00, UPENA
  5. Award Winning Social Science Papers, Norzaidi Mohd Daud, Intan Salwani Mohamed, Fahmi Abdul Rahim, UPENA, Harga belum ditetapkan
  6. Wakaf Pengurusan dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia, Ahmad Zaki Abdul Latiff, Abdul Halim Ramli, Che Zuina, Kamarulzaman, Norzaidi Mohd Daud, 2008, UPENA, harga belum ditetapkan
  7. Selection of Research Papers in Social Sciences and Management, Volume 2, 2008, Norzaidi Mohd Daud, Intan Salwani Mohamed, Zarina Denan, Oswald Timothy Edward, Mohd Bahrin Othman, Noormala Amir Ishak, Norashikin Hussein, Zatul Karamah Ahmad Baharul Ulum, 2008, UPENA, harga belum ditetapkan
  8. Study Guide to Portfolio Management, 2nd Ed., 2008, Norzaidi Mohd Daud, Jaafar Mohamad, Zulkifli Mohamed, UPENA, harga belum ditetapkan
  9. Pertandingan rekacipta, (under-review), Norzaidi Mohd Daud, Intan Salwani Mohamed, UPENA

Semoga kita akan terus berkarya serta menyemaikan semangat berkonsepkan 'berkongsi ilmu' dan 'mengembangkan ilmu'.

Comments