New publication: Award Winning Social Science Research Papers
AlhamduLillah, semalam saya mendapat pruf 1 dari UPENA, bagi memastikan maklumat serta letak-atur gambar dalam buku ini sempurna. Buku ini mengumpul hasil penyelidikan yang pernah memenangi anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. InsyaAllah, buku ini akan diterbitkan dalam dua-tiga bulan lagi. Saya amat berterima kasih kepada Intan Salwani Mohamed (pensyarah perakaunan UiTM Malaysia) dan Fahmi Abdul Rahim (pelajar PhD FBM dan bekas pensyarah UiTM Johor) kerana dapat menyumbangkan beberapa bab untuk dimuatkan dalam buku ini. Artikel yang terdapat buku ini akan dapat memberi serba sedikit panduan kepada penyelidik dan pelajar peringkat sarjana/PhD bagi menghasilkan kertas kerja yang baik dan diiktiraf kualitinya. Saya juga ingin mempelawa rakan-rakan yang pernah memenangi anugerah penyelidikan untuk menyumbangkan artikel untuk dijadikan Award Winning Social Science Research Papers Volume 2. Selamat menulis.
Comments