Meeting of New Media at Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Semalam saya dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat pertama "Pelancaran Geran Penyelidikan Media Baru" di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya. Boleh dikatakan semua IPT turut dijemput bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi SKMM. Lebih rancak lagi mesyuarat ini dihadiri oleh pengerusi badan-badan utama dalam media dan telekomunikasi seperti Dato' Badlisham Ghazali, CEO, Multimedia Development Corporation (MDC), dan Dato' Borhanuddin Osman, Executive Director, Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia. InsyaAllah, hasil dari mesyuarat ini, SKMM akan menawarkan sejumlah geran penyelidikan dalam media/teknologi/multimedia/kommunikasi kepada seluruh IPT di Malaysia. Geran penyelidikan yang dicadangkan akan melibatkan perutukan kepada penyelidikan sains sosial selain sains teknologi.

Comments

Popular Posts