Apakah Jurnal Berimpak Tinggi?
Isu jurnal berimpak tinggi dalam seminggu dua ini amat hangat juga. Ini adalah kerana ada dikalangan kita yang masih kurang faham mengenai jurnal berwasid berimpak tinggi. Mungkin penerangan yang disampai kepada kita semua masih lagi samar-samar; apa yang pastinya kita sememangnya masih keliru di antara jurnal berwasid berimpak tinggi, jurnal antarabangsa, jurnal professional etc. Bagai rakan-rakan kita yang telah mencapai taraf research university (RU), jurnal berwasid berimpak tinggi merupakan satu kemestian. Ada sebuah universiti tempatan turut mensyaratkan seorang pensyarah biasa menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel dalam jurnal berwasid berimpak tinggi, jika tidak SKT mereka akan terdapat komen mudah-kurang perform. Ini menunjukkan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi amat penting/syarat utama dalam meletakkan samada seseorang pensyarah itu perform atau tidak disamping, beberapa kriteria lain pengajaran, kepakaran, aktiviti universiti/masyarakat, pertandingan rekacipta etc. Syarat penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi juga merupakan salah satu kriteria penting dalam menentukan samada sesebuah universiti untuk telah mencapai RU dan seterusnya sebagai APEX universiti. Oleh yang demikian, bagi memastikan kita memahami maksud jurnal berwasid berimpak tinggi, sila layari: http://intansalwani.blogspot.com/. InsyaAllah segala pertanyaan/persoalan berkaitan dengan isu ini amat saya alu-alukan.
Comments