External dan Internal examiners for Phd
Ramai yang bertanya kepada saya mengenai external dan internal examiners bagi PhD. External examiner kebiasaannya full profesor dan jumlahnya dua orang dan seorang internal examiner (tidak full profesor pun tak apa). Di tempat belajar saya dahulu, external examiners perlu full profesor dalam bidang yang kita kaji dan semestinya bukan dari Malaysia. External examiners saya seorang dari USA dan seorang dari Australia. Kebiasaanya, masa untuk memeriksa thesis disyorkan selama dua minggu, walaubagaimanapun proses pemeriksaan dari external examiners memakan masa lebih dari tempoh yang diberikan (mungkin 1-2 bulan)kerana kita memahami bahawa profesor ini sibuk dengan kerja harian mereka. Setiap external examiner akan dibayar oleh pihak universiti. Cadangan setelah penilaian yang diberikan oleh mereka, ringkas dan selalunya "menyeronokkan" hati berbanding internal examiner. Begitulah pendapat orang-orang terdahulu yang sudah memakai Dr. pada nama mereka. PhD candidate akan diberikan surat cadangan pembetulan dengan menyatakan tempoh pembetulan. Sebagai contoh 3 bulan, 6 bulan atau buat balik! 3 bulan adalah pembetulan minor di mana PhD candidate perlu menambahkan literature yang terkini, betulkan 'grammer' serta restructure beberapa chapters. Bagi 6 bulan pembetulan, PhD candidate perlu membetulkan 'model' / questionnaire/objectives/hypotheses/methodology dan gap of knowledge. Bagi kategori yang terakhir; buat balik tu...faham-faham aje....lari terus dari concept, model, dan methodology. Kena start from zero...Bila dah siap pembetulan, PhD candidate kena hantar ke pemeriksa yang dilantik oleh universiti, dan jika mereka berpuas hati dengan pembetulan yang dibuat, maka 2 naskah thesis yang telah dibetulkan akan dihantar ke pusat pengajian siswazah untuk mendapatkan tandatangan senat universiti. Lepas tu baru dapat topi burger...konvo le..
Comments