Buku pertama

Saya bersama rakan, Zulkifli Mohamed dan Abg Jaafar (sekarang di UiTM Perlis), teringin untuk menghasilkan sebuah buku. Untuk menyenangkan kerja, kami 'naik tarafkan' manual portfolio management dan sesuaikan dengan silibus terkini UiTM. Bila sudah siap saya editkan semua bahagian, dan hantar ke UPENA. Di sini kesabaran diuji. Satu ke satu proses perlu dibuat, seperti samada ianya sesuai untuk diterbit, pandangan daripada editor penerbitan luar (USM), editor isi kandungan, editor bahasa, proof-read, dan akhir pemilihan kulit buku. Proses ini mengambil masa selama 2 tahun. AlhamduLillah dalam tahun akhir tahun 2005, buku kami diterbitkan. Masa itu buku kami menjadi buku rujukan pelajar diploma analisa pelaburan seluruh UiTM. Bila buku diterbitkan rasa bimbang kalau-kalau tak laku, maklumla ada pengkritik 'sambilan' mengatakan buku kami macam buku nota pelajar. Tak apa la, sekurang-kurangnya kami dah terbit satu buku. Sambutan? Adik saya yang pada masa itu dalam tahun 6 sekolah rendah memberitahu saya bahawa buku saya dibaca oleh guru beliau. Terkejut juga sebab adik saya belajar di Pulau Pinang. Huh...sampai juga buku saya ke utara. Baru-baru ini saya pun belek-belek TINTA UPENA No.3/2007, AlhamduLillah buku yang dikatakan taraf buku nota pelajar ini tersenarai di antara buku paling laris UPENA dalam tahun 2006. Syukur...Buat masa sekarang saya telah menghantar manuskrip terbaru versi kedua buku ini. Kita tunggu lagi...

Comments

Unknown said…
salam.. sy student dr uitm.. sy nak tnya kalau2 encik ada lecture notes/slide utk investment management (fin 329)?
skrg sy sdg cuti sem jadi sy nk cuba baca sikit2 tentang sbjek yg akn sy blajar sem dpn.. kalau encik ade atau ade recommend buku yg sesuai utk sbjek tu utk uitm student, minta encik emailkn ke sy ; eremes91@yahoo.com
jasa baik encik amat dihargai. terima kasih ^^

Popular Posts