4 in 1

Formula ini saya suka pakai. Semasa buat PhD sampai sekarang saya masih mengamalkan formular ini. Apa benda 4 in 1. Saya pernah membicarakannya sebelum ini, 4 merupakan (1)penerbitan buku, (2) artikel dalam refereed jurnal/impact factor jurnal, (3) seminar proceedings dan (4) pertandingan rekacipta dari 1 kerja penyelidikan. Macamana dengan satu penyelidikan kita dapat hasilkan 4 perkara sekaligus? Mudah aje. Untuk terbitkan buku, hanya ambil dari beberapa bahagian literatur dan sebahagian bab pertama PhD/master atau research article. Bagi menerbitkan artikel, kita perlu editkan sedikit penyelidikan dengan secara jelas menerangkan issue of study, problems of study, gaps of knowledge, theoretical model, data analysis, practical implications dan conclusion. InsyaAllah dengan berbuat demikian kita akan dapat hasilkan satu atikel dalam refereed jurnal. Kita boleh ambil artikel yang sama dan olah sedikit untuk jadikan seminar paper. Jika artikel untuk refereed jurnal kita examine 4 variables, untuk conference paper kita examine mungkin hanya 2 atau 3 variables. Data yang digunakan juga sama. Dengan itu, kita dah ada satu lagi refereed conference paper. Paling akhir kita boleh bawa artikel ini ke pertandingan rekacipta. Untuk itu, anda perlu tambah sedikit element dalam artikel iaitu, novelty of product and potential to commercialise. InsyaAllah kita akan dapat sekurang-kurangnya pingat gangsa. Itulah formular 4 in 1, kalau dalam setahun kita ada 2 penyelidikan, maka kita boleh dapat 2 buku, 2 refereed jurnal, 2 seminar proceedings dan 2 pingat. Kadang-kala kalau betul strategi kita akan dapat lebih lagi. Cubalah formular ini, InsyaAllah anda akan berjaya, dengan syarat, perlu ada commitment sedikit...

Comments