Buku Rujukan

Buku rujukan merupakan sumber penting dalam membuat penyelidikan. Saya dah banyak kali menerangkan bahawa kalau hendak buat research perlu rujuk dahulu pada buku research. Masalahnya ramai hendak mengambil jalan mudah dengan tidak memahami tatacara untuk menjalankan research. Bila kita tidak memahami tatacara ini, maka kerja penyelidikan kita akan menjadi semakin sukar dan kadang-kala terbengkalai. Ada yang bertanya kepada saya, berapa lama kita perlu siapkan satu projek penyelidikan. Saya tidak terus menjawab soalan ini. Jawapan yang paling baik ialah bergantung kepada skop kajian. Kalau kita perlu collect data di seluruh negeri di Malaysia, maka masanya antara 1-2 tahun. Kadangkala 1 tahun pun sudah memadai. Kenapa kita boleh siapkan research dalam tempoh yang dikatakan singkat? Ia adalah kerana kita sudah memahami dan tahu tatacara menjalankan kajian. Pengalaman menjalankan kajian akan membuatkan kerja penyelidikan bertambah baik. Untuk menyiapkan kerja penyelidikan dalam kampus hanya memerlukan 3 bulan sahaja. Saya pernah melakukan kajian di UiTM Johor yang respondennya adalah pelajar diploma dan bachelor. AlhamduLillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan hasil kerja ini InsyaAllah akan diterbitkan tidak lama lagi dalam jurnal berimpak tinggi. Oleh yang demikian, saya syorkan kepada pelajar atau bakal pelajar PhD atau penyelidik muda supaya sentiasa berdamping dengan buku penyelidikan. Paling mudah untuk memahami intipati penyelidikan ialah buku karangan Uma Sekaran dan Hussey & Hussey. Kalau rasa mahal nak beli, boleh dapatkan di perpustakaan UiTM, kerana boleh dikatakan banyak koleksi buku penyelidikan di sana. Lebih baik, dapatkan juga buku statistik, buku SPSS dan buku Structural Equation Modelling (SEM). Jika kita telah memahami dan mengetahui menjalankan penyelidikan dengan betul, InsyaAllah anda mampu menyiapkan kerja penyelidikan yang sempurna dalam beberapa bulan sahaja.

Comments