Faedah Menulis Artikel dalam "Impact Factor Jurnal"

Bersama Tan Sri Profesor Emeritus Datuk Dr. Augustine Paul, President MINDS

Pengalaman menulis artikel dalam jurnal berimpak tinggi sungguh menyeronokkan. Kenapa? Banyak pengalaman manis + pahit telah saya lalui. Pada mulanya saya menulis artikel dalam jurnal berimpak tinggi bagi membantu menyenangkan proses mendapatkan PhD. Bagaimana? Caranya bila artikel kita diterima dan diterbitkan, maka kita boleh 'cite-kan' nama kita dalam thesis. Satu lagi jangan lupa masa viva-voce, sila bawa satu salinan artikel yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Dengan berbuat demikian, examiners tak banyak soal dah. InsyaAllah, kira lepas. Di Multimedia University, mereka mensyaratkan pelajar PhD untuk menerbitkan artikel berkaitan PhD dalam jurnal berimpak tinggi. Kalau dapat terbit 3 artikel, dah kira cukup hebat dah. Dalam awal tahun ini, saya mendapat panggilan dari seseorang yang ingin berjumpa dengan saya. Ini adalah berkaitan dengan artikel saya yang diterbitkan dalam Industry Management & Data Systems. Beliau ingin bertemu dan berbincang dengan lanjut mengenai artikel berkenaan. Why not? Maka kami pun bertemu, dan dari perbualan itu saya mendapat tahu bahawa beliau sedang menjalankan kajian menggunakan model Task-Technology Fit, kebetulan model yang sama yang saya gunakan dalam PhD saya. Kenapa jumpa saya ni? Oh ya...sebenarnya saya pensyarah UiTM juga, dan sedang belajar PhD di UUM. Dulu saya pernah belajar master bersama isteri Dr. Oh..begitu ke...saya mengiakan. Saya ada search artikel, dan dapat jumpa artikel Dr. dan paling seronok artikel itu berkaitan dengan PhD saya. Lebih-lebih lagi penulisnya di Malaysia dan kebetulan pula di UiTM, so saya sangat bertuah sebab boleh bertanya dengan lanjut mengenai artikel ini. Beliau begitu bersemangat menceritakan bahawa supervisor beliau mengesyorkannya untuk bertemu saya. AlhamduLillah, saya menjawab. Okay, sekarang nak discuss apa? So, teruslah kami berbincang, dan akhir sekali, saya dan Intan dijemput untuk memberi talk Research Methodology. InsyaAllah seminar ini akan diadakan dalam bulan Jun nanti. Selain dari itu saya juga mendapat maklumbalas daripada pelajar Iran, dan beberapa buah negara lain mengenai artikel tersebut. Kebanyakkan daripada mereka mahu berbincang dengan lanjut mengenai artikel ini. Di samping itu, saya menerima pelawaan dari penyelidik Singapura bagi menghasilkan beberapa buah buku. AlhamduLillah dengan sedikit kerja ini, Allah telah membantu saya dalam meningkatkan penglibatan saya dalam penulisan jurnal berimpak tinggi. Begitulah faedah menulis artikel dalam jurnal berimpak tinggi.

Comments