Cerita ITEX-2008

Saya dan Intan sedang menunggu para hakim pertandingan

Booth UiTM

International Inventions, Innovations, and Technology (ITEX) 2008 melabuhkan tirainya pada hari ini. Boleh dikatakan semua penyelidik UiTM boleh tersenyum manis kerana memenangi banyak pingat malam semalam. Tahniah saya ucapkan kepada penyelidik UiTM kerana berjaya melonjakkan nama UiTM di pertandingan rekacipta peringkat antarabangsa yang disertai oleh Poland, South Korea, Taiwan, Hong Kong, Iran dan beberapa buah negara lain. Pada catatan semalam, UiTM meraih 16 pingat emas, 13 pingat perak dan 27 pingat gangsa dari 74 penyertaan. Di samping itu UiTM berjaya mengondol 7 anugerah khas dari CIMDB, BIS, INPEX, Hong Kong, Geneva, IENA dan Crotia. Sebab itu saya katakan bahawa semua penyelidik berbangga dengan pencapaian mereka. InsyaAllah, kalau ada rezeki, pemenang pingat akan ke luar negara bagi pertandingan rekacipta antarabangsa. Tahniah...Dengan kejayaan ini, UiTM telah berjaya memenangi Anugerah Khas Geneva 2 tahun berturut-turut. Semoga dengan kejayaan ini akan menaikkan lagi semangat kepada penyelidik muda dalam memartabatkan budaya penyelidikan di UiTM. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Encik Oswald dan Puan Kalilah kerana berjaya memenangi pingat gangsa.

Comments

Popular Posts