Social sciences

UiTM Juara Keseluruhan ITEX 2008

Peserta Iran di ITEX 2008

Sains sosial atau social sciences sememang bidang yang agak janggal didengari di mana-mana pertandingan rekacipta. Agak tak salah kalau saya katakan bahawa sains sosial merupakan bidang baru dalam pertandingan rekacipta. Hanya baru-baru ini ianya diterima 'sedikit'. Pada asasnya, UiTM telah mencuba-cuba produk sains sosial di beberapa pertandingan rekacipta di luar negara iaitu di Geneve, Eureka, INPEX, dan SIIF. AlhamduLillah, percaturan dengan menghantar produk sosial sains ke tempat berkenaan berjaya membuahkan hasil. Walaubagaimanapun, pencapaian produk sosial sains masih kurang menyerlah berbanding produk yang berunsurkan sains dan teknologi. Kenapa saya mengatakan begitu. Dari pengamatan dan pengalaman saya, buat masa sekarang produk sains sosial tidak memenangi sebarang pingat emas di Geneva, Eureka, INPEX dan BIS. Walaupun begitu, ombak tsunami sains sosial telah nampak bila mana ada beberapa produk sains sosial yang memenangi anugerah utama di peringkat universiti. Di peringkat kebangsaan juga telah menampakkan hasil. Di MTE baru-baru ini, produk sains sosial berjaya memenangi pingat emas. Begitu juga di ITEX 2007, produk sains sosial berjaya meraih pingat emas. Nasib di luar negara masih belum begitu. Harapan saya semoga pada tahun ini akan melakar sejarah di mana produk sains sosial pula mendapat pengiftirafan tertinggi badan antarabangsa di pertandingan rekacipta.

Comments