Selain dari menulis



Selain dari menulis dan menjalankan penyelidikan, saya lebih cenderung melakukan sesuatu yang sampai sekarang saya masih mengamalkannya. Sampai isteri saya dah faham sangat kalau saya ke pejabat pos bukan hanya untuk membayar bil, tetapi singgah agak lama di bahagian filateli. Semenjak darjah satu sampai sekarang. Koleksi setem saya memang banyak. Kalau setem ratu Elizabeth (UK), yang cap kepala tu, saya dah ada full set. Bermacam-macam negeri yang saya dapat. Tak berapa ingat macamana saya boleh kumpul sebegitu banyak. Dulu, saya rajin bertukar-tukar setem dengan rakan-rakan darjah. Kalau mamak jual jajan (keropok), ada yang letak setem sekali. Bukan main seronok bila mamak roti datang, sebab dapat beli setem. Saya ada setem zaman British colonial, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan sampai ke Malaysia, termasuk beberapa negeri yang saya susah nak cari dalam atlas. Ada berbagai-bagai set. Set kupu-kupu, set bunga, set binatang buas, set unggas, hari kebangsaan ke-30, dan...Hobi baru saya yang berkait rapat dengan setem ialah mengumpul sampul surat hari pertama. Sampul surat ini akan dijual di pejabat pos besar dan kalau lambat selalunya habis. Kaki setem dah lama sampai nak beli sampul surat hari pertama. Selalunya depa beli banyak-banyak untuk dijual balik kepada kaki setem juga. Pernah saya teringat sampul surat hari pertama pasal ayam di Malaysia. Harga di pejabat pos hanya RM4.50, tapi di luar dijual dengan harga RM20, selang beberapa bulan dari tarikh pengeluarannya. So, kumpul sampul surat pertama means business la. Tapi saya bukan macam tu. Hanya seronok kumpul dan enjoy bila kita tengok balik sampul surat tu. Satu perkara yang menarik di sini ialah pejabat pos besar shah alam. Kalau kita singgah di sana, kita akan boleh dapati beberapa replika tong pos dari berbagai negara. Menarik betul penyimpannya yang bekas ketua pos di negeri sembilan. So, timbul pula nak simpan koleksi tong pos ni. Masa di Korea Selatan dahulu, saya berpusing-pusing mencari replika pos korea, tapi depa tak dak, ataupun memang depa tak faham apa yang saya minta! Oh ya, kalau kumpul sampul surat hari pertama, kena konsistan sebab setiap bulan keluaran akan ada temanya. Kadang-kadang saya miss juga sebab malas nak pergi pejabat pos besar. Kalau nak beli edisi yang lama, harganya dah mahal sedikit, sebab keluaran tersebut dah tak ada di pejabat pos. Kena beli di kedai buku, atau mana-mana kedai mamak. Selain menyimpan setem, saya juga 'penyimpan not-not kertas dan shiling'. Duit zaman jepun (daun pisang), duit canada, duit US, duit Swis, duit kemboja, duit Australia, duit Ghana, duit mesir, duit arab saudi, dan etc...ada dalam koleksi saya. Isteri saya pernah buat lawak, abang kalau saya jual semua duit-duit kertas, shiling, setem ni kat online auction tentu laku. Huh...tak boleh...ni jadi harta pusaka..turun-temurun. Tak boleh jual. Intan cuba bagi idea, so kalau lagu tu bukalah geleri hobi, boleh juga tunjuk kat orang. Yeh..itu idea bernas, InsyaAllah, nanti dah pencen-pencen nanti saya cuba buka galeri hobi. Soronok jugakan...hah tu tak termasuk bela ikan lagi...

Comments

khairul said…
Saya juga minat mengumpul setem, boleh berhubung dgn saya sekiranya ingin bertukar2 setem
khaileyyeo@yahoo.com

Popular Posts