Under-review article

Ada yang berjinak-jinakkan diri dengan menghantar artikel ke jurnal tertentu. Artikel ini akan dihantar ke jurnal berimpak tinggi/jurnal antarabangsa/jurnal profesional. Bila artikel sudah dihantar, maka anda akan menunggu keputusannya dari chief-in-editor samada artikel itu sesuai untuk diterbitkan. Masa menunggu pula bergantung berapa 'baikya' artikel kita. Kalau masa yang pendek, for instance, tak sampai seminggu, maka kualiti artikel adalah sangat baik. Jika agak lambat (dalam kitaran 3-6 bulan), maka artikel itu baik untuk diterbitkan. Bila anda mendapat jawapan "your article is accepted for next publication", maka tahniah kerana berjaya menerbitkan artikel dalam jurnal berwasid. Kebiasaanya, komen dari reviewers juga disertakan. Keputusan penerbitan dan komen ini akan anda terima terus dari e-mail. Untuk diterbitkan, kadangkala kita perlu membuat tambahan kecil pada artikel sepertimana yang dicadangkan oleh reviewers. Mungkin pada penambahan seperti keywords, practical implications atau literatur yang terbaru, iaitu sekurang-kurang dua tahun ke belakang. Bila kesemua amendments telah disiapkan, anda akan hantar kembali artikel itu ke chief-in-editor melalui e-mail, dan InsyaAllah anda akan diberikan JAR form untuk diisi oleh penulis. JAR form diperlukan bagi mengesahkan bahawa artikel anda tidak diterbitkan oleh mana-mana publisher sebelum ini. Lazimnya, artikel yang telah diterima akan diterbitkan dalam tempoh 3-12 bulan dari tarikh acceptance of article. Publisher akan menghantar satu salinan percuma jurnal kepada setiap penulis, ataupun penulis akan menerima satu salinan artikel dalam bentuk pdf melalui e-mail. Bagaimana pula jika artikel kita ditolak? Jika artikel yang tidak diterima, anda akan menerima message daripada chief-in-editor melalui e-mail dengan cukup ringkas bunyinya, "your article is not suit with our theme, and does not recommended by reviewers", disamping beberapa muka surat komen-komen daripada reviewer. Jika artikel anda ditolak, jangan terus putus asa. Saya tahu kadang-kala kita menunggu agak lama, ada yang sampai 6 bulan dan akhirnya artikel ditolak. Apa yang perlu anda buat? Anda betulkan artikel anda berdasarkan cadangan dari reviewers. Jikalau pandangan yang diberikan oleh reviewers tidak sesuai, maka anda tidak perlu berbuat apa-apa. Apa salahnya anda hantar artikel yang sama ke jurnal outlet yang lain. Manalah tahu, kalau-kalau ada rezeki artikel anda akan diterbitkan dalam jurnal berkenaan. Dikesempatan ini saya mengesyorkan supaya anda menghantar artikel terus ke jurnal berimpak tinggi. Ini adalah kerana dalam bidang akademik, jurnal berimpak tinggi mempunyai profil yang tinggi. Semua diseluruh dunia akan refer pada jurnal ini. Liputannya meluas, bukan sekadar di Malaysia sahaja. Kalau sudah diterbitkan maka itu kerja yang bagus dan InsyaAllah ada peluang naik pangkat sebagai i.e profesor madya/profesor. Bagaimana pula untuk menambah koleksi jurnal berimpak tinggi? Apa yang perlu ialah artikel anda perlu terbit sekali dalam jurnal berimpak tinggi, maka anda boleh gunakannya untuk quote/cite dalam artikel anda yang lain. Chief-in-editor akan memastikan bahawa penulis sudah berpengalaman dan pernah menerbitkan artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Jika anda sudah berbuat demikian, maka chances untuk menerbitkan artikel lain dalam jurnal berimpak tinggi, adalah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi ranking jurnal yang pernah menerbitkan artikel anda adalah lebih tinggi dari jurnal yang anda baru hantar artikelnya. InsyaAllah, artikel anda akan diterbitkan dan menjadi rujukan seluruh dunia.

Comments

Anonymous said…
membaca seluruh blog, cukup bagus