Langkah Setelah Masuk Program PhD
Ada juga yang tergamam bila mereka secara 'tidak sengaja' masuk program PhD. Ada yang ambil sampai seminggu untuk sesuaikan diri. Dalam seminggu itu, ada yang tak buat apa-apa, dan ada juga yang kelam kabut cari artikel dan print banyak-banyak. Betulkan? Selain dari itu, ada juga yang ambil cuti sepanjang dua minggu untuk relax melayan suami/isteri/anak-anak/balik kampung untuk 'tenteramkan diri' sebelum start belajar. Macam balas dendam, sebab buat PhD is mean for 'honeymoon'. Begitulah bermacam-macam kelaku rakan-rakan kita bila nak start PhD. Mungkin, setiap orang ada cara masing-masing. Tapi, bagi saya kalau buat PhD kena ada masa 'bekerja' dan masa 'berehat'. Kalau selalu bekerja, boleh jem nanti dan kalau selalu rehat aje, boleh terus berhenti nanti. Untuk seminggu dua itu, saya cadangkan anda membiasakan diri dengan buku-buku penyelidikan, baca dan faham. Ambil masa untuk faham benda-benda penting i.e. problem statement/research question, gaps of knowledge, theoretical framework, variables, dan significant contribution to new knowledge. Pada masa yang sama kita dah boleh cari artikel yang 'perlu' dan 'narrow' pada PhD. Saya anggap kita telah menjalankan kajian awal semasa buat proposal mohon biasiswa tempoh hari. Sudah tentu kita dah ada isu dan permasalahan penyelidikan. Untuk mencari artikel perlu terus ke online database (emerald, science direct, proquest etc.) yang disediakan secara percuma oleh setiap universiti. Kadang-kadang tajuk artikel yang kita cari tidak ada atau hanya sipi-sipi dengan tajuk PhD kita. Itu sudah semestinya sebab kalau tajuk artikel yang dicari itu sama dengan tajuk PhD kita, maka dah tak ada significant lagi. Tajuk artikel yang sipi-sipi dengan tajuk PhD boleh dijadikan sebagai rujukan. Cari juga thesis-thesis yang sesuai dengan tajuk, dan methodology yang kita ingin kaji. Dengan berbuat demikian, InsyaAllah kita tidak akan bazirkan masa sebulan pertama. Bila sudah baca artikel sila buat list artikel, supaya senang untuk dijadikan rujukan. List ini perlu mengandungi, tajuk, penulis, ringkasan methodology dan findings. So, kalau perlu rujukan, kita hanya merujuk kepada list ini dan menyenangkan kita 'dikemudian hari kelak'.
Comments