Conference Paper

Kertas konferen perlu disiapkan dalam dua tiga hari ini. Saya dan Intan bertungkus-lumus menyiapkan 3 kertas sekaligus. Masa memang mencemburui kami. Bukan buat-buat sibuk tapi itulah kenyataan. Minggu lepas kami berhempas-pulas dengan ITEX, diselang-seli dengan memeriksa kertas peperiksaan akhir. Kebetulan pula, Intan sekarang dinaikkan tingkat pejabatnya ke 11 (head of program office), maka bertambah-tambahlah kerja. Tapi dalam dok sibuk tu, sempat juga kami berdua prepare serangkap dua baris kertas konferen antarabangsa yang akan diadakan di German. InsyaAllah kami akan bertolak pada 13-22 Jun 2008. Bagaimana nak ke konferen antarabangsa di luar negara? Pertama sekali tengok iklan international conferences dalam internet. Bila dah jumpa sila pastikan macamana konferen berkenaan. Pastikan themenya sama dengan paper yang hendak dihantar. Untuk ke konferen ini, kita hanya perlu menghantar abstract dahulu, dan dinilai oleh panel konferen. Abstract selalunya tak panjang, hanya 200-250 patah perkataan. Dalam satu ke dua minggu kita akan menerima maklumbalas samada kertas kita diterima atau sebaliknya. Bila diterima, maka kita akan diberikan masa untuk menyediakan kertas konferen yang lengkap. Kebiasaannya dua-tiga minggu sebelum konferen berlangsung. Kertas konferen biasanya tidak lebih dari 15 mukasurat, single spacing dan 10 font size. Konferen ini ada beberapa jenis? Secara amnya, terdapat dua jenis konferen iaitu konferen yang percuma di mana peserta tidak perlu membayar yuran penyertaan. Kami pernah membentangkan kertas kerja di seminar sebegini di Korea anjuran University of California, Los Angeles (UCLA) dan Korea University. Konferen ini akan hanya ada beberapa orang pembentang dalam dua bilik pembentangan yang berasingan. Kebanyakkan pembentang/peserta merupakan chief-in-editor jurnal berimpak tinggi. Jika bernasib baik, kertas konferen kita akan dilamar oleh chief-in-editor ini. Konferen yang berbayar pula, kebiasaanya akan dihadiri ramai pembentang. Pembentangan juga boleh dilakukan secara tele-conference, jika penyumbang kertas konferen tidak dapat hadir ke tempat konferen. Mungkin masalah kos atau sebagainya. Peserta juga disyorkan untuk menjadi pengerusi sessi pembentangan. Sessi pembentangan dilakukan dalam beberapa buah bilik serentak. Kita jangan pula terkejut bila mana bilik pembentangan hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja. Jikalau kertas konferen kita baik, maka kertas berkenaan akan dimasukkan ke dalam jurnal tertentu. Itulah untungnya bila kita bentang kertas konferen, sebab kita akan berpeluang masukkan kertas kita ke jurnal antarabangsa. So, ini formular 2 dalam 1. Kalau bernasib baik lagi kita akan dapat anugerah best paper. Itu sudah dikira bonus. Itu sudah menjadi kelaziman dalam konferen antarabangsa/kebangsaan. Terdapat sedikit kelainan di konferen antarabangsa di luar negara. Apa kelainan tu? Jawapannya ialah peserta konferen. Konferen antarabangsa di luar negara mempunyai peserta yang 'baik-baik' kerana mereka akan menyoal soalan dengan berhemah serta memberikan buah fikiran yang bernas. Perkara ini jarang-jarang berlaku di konferen antarabangsa/kebangsaan di sini kerana kebiasaannya peserta konferen mempunyai niat untuk 'menyoal soalan yang bukan-bukan' dan bermaksud untuk 'mengelabahkan' pembentang kertas kerja. Itulah pengalaman saya semasa pembentangan kertas konferen di sini, dan tidak di luar negara. Anda ada pengalaman sedemikian?

Comments

Anonymous said…
Salam,

Betul tu, soalan yang dtanya dalam Conference, dalam seminar dalam bengkel biasanya bukan untuk kondem atau menggelabahkan presenter. Itulah bezanya 'budaya' masyarakat luar negara yang banyak membaca, membaca dan membaca...banyak perkara yang hendak diketahui..

bukan nak kondemlah, kat negara kita selalunya penyoal akan berpusing-pusing dan last sekali ada sedikit soalan. saya telah melihat di sini, penyoal akan straight to the point, tapi kalau penyoal dari negara Asia siaplah..macam kat Malaysia, bila bertanya seoalah-olah dia lebih tahu daripada presenter kat depan...