Milestones for PhD

Berapa lama kita perlu siapkan literature review? Bila pula kita kena habis baca semua artikel? Bila saya nak start write-up? Hah...soalan-soalan ini sememangnya sangat popular dikalangan pelajar PhD. Bila? Kalau? Selalunya dah jadi perkataan rasmi. Bagi hemat saya, kita perlu ada perancangan yang teratur dalam membuat PhD. Kebetulan pula kita sibuk dengan melayani keluarga di rumah dan di kampung, maka milestones untuk PhD memang significant. Saya pernah membicara perkara ini tahun lepas, tapi eloklah kita membicaranya kembali. Kita mungkin berasa amat selesa bila kita sudah submit thesis, dan hanya menunggu untuk dipanggil viva-voce. Tetapi untuk sampai ke peringkat ini, kita perlu melalui pelbagai proses pembelajaran. Proses ini bergantung kepada keperluan atau syarat universiti. Di Multimedia University, pelajar PhD perlu menghadiri dua kelas wajib iaitu Problems formation and formulation dan Advanced Statistics. Kedua-dua kelas ini perlu dihadiri dan diberikan markah, sekurang-kurangnya C, 50%. Oleh itu, pelajar PhD perlu habis sekurang-kurangnya dua semester untuk dua kelas berkenaan. Dalam masa yang sama, kita boleh buat kajian literatur. Kajian literatur perlu bagi mendapatkan permasalahan serta gaps of knowledge, di samping theoretical model. Kebiasaannya artikel yang perlu dibaca boleh mencecah sehingga 500 buah. Masa yang perlu untuk baca artikel adalah 3-4 bulan. Jika lebih dari itu, maka saya rasakan ianya sudah memadai, melainkan terdapat isu baru. Selepas itu, saya percaya kita sudah mampu menghasilkan theoretical framework yang comprehensive dan practical. Selepas itu kita perlu menyediakan methodology yang sesuai bagi research yang akan dijalankan. Methodology sebenarnya sangat luas bidangnya, bukan hanya sekadar cara mendapatkan data tetapi merangkumi analisa data. Untuk itu kita perlu berbalik kepada artikel serta buku-buku penyelidikan termasuk thesis PhD sebagai rujukan. Untuk itu kita perlu menjalankan pilot test. Lakukan selama 2 minggu dan lihat hasilnya. Jila tidak memuaskan kita perlu lakukan sekali lagi bagi mendapat kepastian sebelum actual data collection. Saya rasakan satu bulan adalah sesuai bagi pilot test. Setelah semuanya diperiksa dengan teliti, maka step seterusnya ialah data collection. Data collection secara survey-mail survey, perlu dilakukan dalam satu bulan atau satu bulan setengah, supaya data tidak 'basi'. Data dikumpul dan dimasukkan ke dalam SPSS untuk dianalisa. Analisa tidak terlalu lama kerana SPSS akan buat kerja. Mungkin 7 hari dah siap semuanya bagi mengambil kira data entry. Bila semua dah selesai, sudah ada masa untuk write-up. Write sememangnya dah bermula semasa kita baca artikel untuk literatur. Saya tidak bersetuju jika kita menulis hanya selepas data collection. Buat sikit-sikit chapter one dan chapter two dan seterusnya chapter three. Pada masa menulis ini kita boleh enhance sedikit untuk jadikan conceptual paper untuk diterbitkan dalam jurnal, conference proceedings atau buku. Penulisan thesis perlulah rapi dan tidak bercampur aduk. Kena ada aturannya. Sila rujuk kepada contoh-contoh thesis di universiti masing-masing. Bagi saya menulis boleh mengambil masa selama 5 bulan ke satu tahun. Oleh yang demikian, kita boleh hitungkan bahawa membuat PhD (normal tanpa gangguan) sekitar 2 tahun aje tidak termasuk menunggu defend proposal, internal checking, work completion seminar, viva-voce dan senat approval. InsyaAllah dalam menunggu viva-voce, kita boleh libatkan diri dalam pertandingan rekacipta, serta penulisan dalam refereed journals dan buku.

Comments

very nice....i hope i also can do...really hope
This comment has been removed by the author.