Seminar in Research Methodology

AlhamduLillah, buat masa sekarang, saya dan Intan kerap kali dipanggil untuk memberi input research methodology. Rata-rata kawan-kawan kita yang masih belum confirm memerlukan guidelines untuk menyediakan proposal dan menjalankan kajian. Begitu juga dengan bakal-bakal pelajar PhD yang memerlukan input penyediaan proposal untuk dihantar ke bahagian biasiswa. Saya sungguh gembira bila mana sudah ramai pensyarah yang begitu mengambil berat mengenai penyelidikan. Mereka juga sedar bahawa menjalankan penyelidikan bukan hanya sekadar 'melepaskan batuk di tangga" tetapi menjalankan penyelidikan merupakan perkara serius. Oleh yang demikian, bermula dari penyediaan proposal sehingga menulis report perlu mengikut tatacara yang betul. Pengalaman saya bersama rakan-rakan yang telah menjalankan kajian sebelum ini menampakkan beberapa perkara yang perlu diperbetulkan. Paling merisaukan saya bila mana mereka mengajar pelajar-pelajar dengan cara mereka sendiri tanpa merujuk kepada sumber-sumber 'muktabar' penyelidikan. Oleh itu saya berpendapat, penyelidik perlu mengetahui dengan jelas perkara seperti issue of research, research problems, gaps of knowledge, research objectives dan significant contribution to new knowledge. Semua terms ini boleh dirujuk dalam buku penyelidikan karangan Uma Sekaran. Jika sudah memahami terms ini maka penyelidik perlu memahami research methodology pula. Jenis penyelidikan, jenis quantitative, qualitative atau trigulation study yang akan dijalankan. Data juga ada banyak jenis, iaitu nominal, ordinal, interval dan ratio. Parametric atau non-parametric data juga perlu diambilkira. Jika semuanya sudah clear, maka senang penyelidik memohon geran penyelidikan E-Science, FRGS, dana kecemerlangan dan biasiswa PhD.

Comments