Menukarkan Thesis ke Buku

Boleh ke thesis jadi buku? Susah ke? Saya ada formular bagaimana nak tukarkan thesis ke buku. Apa yang saya perlu ialah sedikit kerajinan anda untuk berbuat demikian. Thesis kebiasaannya mengandung 5 bahagian iaitu pengenalan, kajian literatur, kaedah penyelidikan, analisa data dan cadangan kajian. Setiap bahagian ini amat sesuai untuk dijadikan buku, dan bergantung jenis buku yang anda hendak terbitkan. Bagi buku yang berkisarkan pandangan dan kajian terdahulu, maka bahagian kedua iaitu kajian literatur amat sesuai dijadikan sumber. Kita perlu mengolah serba sedikit terutamanya definasi di bab pengenalan buku. Untuk memudahkan kerja, sebahagian dari bahagian pertama thesis boleh dijadikan sumber bagi bab pertama buku. Dalam bahagian kajian literatur thesis mengandungi pelbagai sub-section, maka setiap sub-section ini akan dijadikan satu bab. Sebagai contoh isi kandungan buku; bab 1-pengenalan, bab 2-user satisfaction, bab 3-performance etc. Dengan berbuat demikian, kita dapat memberi ruang kepada pembaca untuk mengaitkan dengan lebih jelas diantara bab-bab di dalam buku. Di bahagian akhir bab buku, boleh juga diletakkan keputusan kajian yang boleh diambil dari bahagian keempat thesis. Kita tidak perlu menerangkan secara terperinci analisa data dan lain-lain. Kita hanya perlu meletakkan keputusan hasil kajian. Penerangan secara terperinci hasil kajian perlu dilakukan dengan bijak dengan mengaitkannya dengan bab-bab yang dibincangkan sebelumnya. Pada akhir buku ini, perlu dimuatkan dengan sumber rujukan, glossary, index etc bagi melengkapkan buku yang akan diterbitkan. Saya berpendapat, penulis juga perlu menyediakan biodata mereka sebagai salah satu bahan promosi buku. Jika anda mempunyai manuskrip setebal 49 mukasurat, dengan tulisan font bersaiz 12 dan double-spacing, anda sudah layak menghantarnya ke Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)/University Publication Centre.

Comments

Popular Posts