PhD Processes
Terdapat beberapa proses untuk mendapatkan PhD. Kita tidak boleh lari dari proses ini. Jika kita tidak melaluinya maka, kita akan balik (belajar) dengan tangan kosong. Prosesnya adalah seperti berikut;
1. Menyediakan proposal
Penyediaan proposal merupakan faktor kejayaan samada kita akan menerima biasiswa PhD, diterima masuk untuk ke universiti, dan diterima sebagai pelajar (bagi supervisor, tidak semua supervisor akan menerima calon kerana mereka juga kriteria tertentu seperti bidang yang sesuai dengan area of interest mereka). Jika kita tidak menyediakan proposal seperti mana yang disyaratkan maka ke semua perkara yang disebutkan di atas tidak akan berjaya. Proposal yang baik perlu mengandungi research problem/problem statement, gaps of knowledge, objectives of study, significant contribution to new knowledge dan theoretical model.
2. Kelayakan untuk memasukki universiti
Untuk universiti tempatan/luar negara syaratnya bergantung kepada kelayakan akademik diperingkat master. Ada juga yang mensyaratkan untuk mengambil ujian bahasa inggeris(TOEFL etc). Kebanyakkan universiti luar mensyaratkan kita mengambil ujian ini. Kelulusan bergantung kepada universiti, kebiasaannya 6.5 band. Jika kita tidak mempunyai kelayakan bahasa, maka kita dikehendakki menduduki kelas ini mengikut tahap kemahiran bahasa.
3. Penerimaan biasiswa
Biasiswa akan diberikan bila kita mempunyai proposal PhD yang baik. Sememang tajuk proposal akan berubah, tetapi sekurang-kurangnya pihak universiti mengetahui samada kita mampu menamatkan pengajian disamping memenuhi keperluan universiti dalam bidang yang kritikal. Ada juga yang mengambil ujian bahasa setelah menerima biasiswa. Tidak ada masalah jika kita mengambil ujian ini pada masa menerima atau sebelum kerana keputusan ini valid selama 2 tahun.
4. Mencari Penyelia
Setelah berjaya masuk ke universiti, pelajar akan dicadangkan beberapa nama untuk menyelia PhD. Untuk mencari penyelia terdapat beberapa tips yang boleh membantu. Kalau boleh cari penyelia yang memang aktif dalam penyelidikan, banyak menghasilkan penerbitan ILMIAH dalam jurnal berimpak tinggi, penerbitan buku, kerap menjadi key-note speaker, reviewer, dan chief-in-editor jurnal berimpak tinggi. Kalau anda mempunyai penyelia begini, anda akan bernasib baik kerana beliau mempunyai profil yang tinggi. Kalau boleh cuba elakkan penyelia yang terlalu sibuk dengan kerja beliau kerana ini akan menganggu perancangan PhD kita. Jika sudah memilih, jangan sekali-kali kita 'buat perangai' dengan penyelia sebab, kerana penyelia yang akan recommend kita dapat PhD. So, jangan terlalu 'bertekak dengan penyelia", kadang-kadang, bertukar pendapat tidak apa. Perlu ke ada co-supervisor? Bergantung kepada keperluan PhD anda. Jika penyelia utama terdapat kekurangan, maka co-supervisor diharapkan dapat membantu. Jika ingin memilih co-supervisor perlu bertanya dahulu dengan main supervisor sebab takut depa tak berlaga angin (harap faham ye).
5. Penyediaan Proposal
Proposal asal kebiasaannya akan berubah setelah kita dapat supervisor. Tajuk kadang-kadang totally berubah. So, kena prepare proposal baru. Proposal yang sudah lengkap akan dibentangkan untuk defend. Jangkamasa untuk defend proposal dalam 6-9 bulan masa pengajian tahun pertama. Defend proposal kena buat betul-betul sebab panel ingin melihat benda-benda penting seperti gaps of knowledge dan contribution to new knowledge, termasuk rancangan penyelidikan.
6. Progress Report
Kerja kita akan disemak dalam progress report seminar di mana beberapa orang panel akan hadir untuk memberi pandangan kelancaran PhD kita. Seminar ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar-pendapat dengan panel dan pelajar PhD lain.
7. Internal Checking
Jika penulisan PhD kita sudah selesai, maka penyelia kita akan memeriksa sama ada thesis kita sudah layak untuk submission. Masa yang diambil dalam 1-2 bulan. Bergantung kepada penyelia. Kadang-kadang penyelia membenarkan rakan-rakan dari fakulti untuk memeriksa.
8. Mock Viva
Penyediaan untuk viva-voce amat perlu bagi mengetahui pelajar bersedia untuk viva-voce yang sebenar. Di sini pelajar akan diajar teknik membentang dan menjawab soalan. Panel terdiri dari penyelia dan beberapa orang yang dilantik oleh fakulti. Terdapat soal-jawab dalam mock-viva.
9. Submission
Anda sudah mencapai tahap yang baik jika berjaya submit thesis. Submission bererti anda sudah sebelah kaki untuk mendapatkan title Dr. Proses untuk dipanggil viva-voce dalam 3 bulan-1 tahun dan bergantung pada external examiners, cepat atau lambat kira nasib.
10. Viva-voce
Ini merupakan hari paling bersejarah, kerana anda dikehendakki menceritakan kembali pengalaman penyelidikan PhD kepada beberapa orang panel. Panel tetap merupakan external examiners, internal examiner, director of postgraduate division dan beberapa orang professors. Masa viva-voce bergantung kepada keadaan, ada yang hanya 30 minit dan ada pagi sampai petang. So, masa ni, baik buat sembahyang hajat semoga keadaan 'terkawal'. Masa viva-voce, sila bawa sekali hasil penerbitan buku, jurnal, prosiding, dan pingat bagi 'membantu' dikala 'susah'. Ada juga universiti yang tidak ada viva-voce, dan hanya bergantung kepada progress report.
11. Keputusan viva-voce
Keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa seminggu. Ada juga yang mendapat keputusan selepas viva-voce. Dalam surat ini akan dinyatakan tempoh pembetulan, jika 1-3 bulan dianggap minor correction, 6 bulan major correction dan gagal....(kena buat balik-tapi mustahil sedikit sebab kita dah lalui internal checking).
12. Amendment proses
Proses pembetulan thesis memerlukan tandatangan dari supervisor atau panel yang dilantik. Setelah itu anda dikehendakki buat hardcover PhD thesis anda.
13. Senate Approval
Semuanya sudah selesai, dan anda akan dipanggil Dr. setelah mendapat tandatangan pengerusi senat universiti. Tahniah....Dah kena tempah baju konvo...
14. Convocation
Masa ini dah boleh naik stage dengan topi burger...Tahniah Dr....
Begitulah serba sedikit proses untuk mendapatkan PhD, mungkin setiap universiti ada cara masing-masing. So, sedikit sebanyak, kita akan dapat tahu di mana kedudukan kita dalam proses mencari PhD ini...
Comments
Semoga dipermudahkan segaal urusan, dengan izin Allah.
Saya bersemangat selepas membaca tips untuk bakal phd candidiates.
Al-hamdulilALlah, u are also my content editor for my first book entitled Product Software Liability : Strict liability v. Negligence? in which it was one of my two (2) papers l have presented from 22-25/5 at 8th Annual International Conference on Business , Waikiki Honolulu, USA.
Saya sudah berada di KL sejak 6.35 ptg, 28/5 dan akan berangkat balik ke Dungun, tengah hari ini.
Will edit my manuscript as requested. Thank you for your kind support.
Really appreciate it.
Really miss my two kids at home!
regards,
farhah
UiTMT