Kalau Pelajar Mampu Terbit Artikel


Pada semester ini, saya dianugerahkan dengan 8 orang pelajar ijazah pertama yang mengikuti latihan industri selama 5 bulan di beberapa buah firma di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Saya merupakan main supervisor kepada 4 orang pelajar manakala bakinya sebagai co-supervisor. Pelajar dikehendakki berjumpa dengan saya dalam tempoh masa tertentu bagi mempelajari cara-cara membuat penyelidikan. Untuk perjumpaan pertama, saya syorkan buku penyelidikan yang memang mereka kenali, iaitu buku penyelidikan tulisan Uma Sekaran. Keduanya, saya syor juga beberapa artikel yang telah saya terbitkan. Ketiga, saya tunjukkan thesis PhD saya kepada mereka. Selain dari itu, saya menggalakkan mereka merujuk kepada beberapa thesis PhD di perpustakaan UiTM (Prof. Madya Dr. Hashim, Prof. Dr. Fauziah Nordin, Prof. Madya Dr. Tengku Jamaluddin) kerana ianya akan membantu mereka sewaktu penulisan kelak. Mereka nampaknya bersungguh-sungguh bagi menyiapkan project paper bagi semester akhir ini. Saya terus menyambung ceramah dengan menekan beberapa perkara seperti; dari research questions kita akan dapat melihat dengan jelas gap of knowledge, dan dari situ akan terbentuk objectives of study. Objective pun ada dua, iaitu main objective dan specific objectives. Jangan salah buat kerja bila mana objectives dan research questions tak selari. Saya juga menerangkan bahawa problem statement perlulah berdasarkan kepada pengalaman serta pembacaan artikel dan buku. Pengalaman di tempat praktikal boleh dijadikan sebagai sandaran bagi mencari dengan tepat permasalahan bagi kajian yang dijalankan. Selepas itu saya syorkan kepada pelajar berkenaan untuk mengaitkan pengalaman itu dengan literature review. Dari literature review kita akan dapat hasilkan theoretical framework atau model kajian. Bila semua dah clear, so senang kita nak membentuk project paper yang baik sebab kita sudah tahu problem statement/research questions, gap of knowledge, objectives of study etc. Dari 4 orang pelajar ada seorang yang telah begitu advanced, bila saya merasakan paper beliau amat bagus. Saya cadangkan supaya beliau run exploratory factor analysis. Saya menerangkan bahawa correlation digunakan untuk determine association between variables, manakala regression digunakan untuk determine relationship between variables. Saya menambah bahawa attributes atau variables itu ada beberapa measurementnya iaitu dari concept, dimension dan element. Kita perlu perjelaskan perkara ini dalam project paper. Beliau akur dan tak sampai dua hari, beliau menghantar project paper yang lengkap dengan theoretical framework, termasuk exploratory factor analysis. Saya amat gembira kerana beliau bukan hanya mengadopted some of variables from existing models, tetapi beliau dapat mencipta satu model baru dengan mengambungkan beberapa variables dari Technology Acceptance Model (TAM), Theory of Planned Behaviour (TPB) dan Theory of Reasoned Action (TRA). Menarik, berulang-ulang kali saya bertanya, samada beliau mencedoknya dari mana-mana thesis atau artikel. Beliau menafikan, sebaliknya menegaskan bahawa beliau merujuknya dari beberapa artikel saya dan membaca buku Uma Sekaran. Saya berpuas hati dengan kerja tangan beliau dan saya yakin, project paper pelajar bachelor ini setaraf dengan master thesis dan kurang sedikit dari PhD. Saya berkata kepada beliau bahawa inilah research yang sebenarnya dan beliau tersenyum bila saya nyatakan bahawa project paper ini akan dihantar ke jurnal berimpak tinggi untuk diterbitkan. InsyaAllah, dengan apa yang dihasilkan oleh pelajar ini, saya yakin peluang untuk menerbitkan artikel ini ialah 90%. Syabas kepada pelajar berkenaan...AlhamduLillah...kalau ada ramai lagi pelajar UiTM begini, kita tidak ketandusan penyelidik yang cemerlang...

Comments

Popular Posts