Selepas PhD
Agaknya apa kita akan lakukan selepas mendapat PhD. Tentu rasa badan dah selesa dan kalau boleh nak buang jauh-jauh 'kenangan pahit' masa buat PhD. Saya tidak beranggapan begitu. Kenangan PhD sebenarnya banyak membantu saya. Kalau dulu saya agak pendiam, tetapi sekarang agak peramah. Kalau dulu kita tidak pandai berceloteh panjang lebar pasal 'research' tetapi sekarang AlhamduLillah, dah dijemput sebagai penceramah 'research methodology'. Phd membuatkan saya menjadi lebih berani, lebih 'confident' dan matang. Lepas PhD nak buat apa? Memang kita akan dipanggil dengan 'jenama' yang manis, DR., tapi adakah itu cukup bagi pemanis halwa telinga. Manusia disekeliling kita akan menganggap kita sudah super-mahir dalam penyelidikan dan mampu melahirkan beberapa orang graduan PhD yang sebaris dengan kepakaran kita. Persoalannya sekarang, adakah kita mampu menyelia pelajar PhD selepas kita ada PhD? Atau kita sahaja yang faham untuk diri kita? Sebab itu kemahiran PhD kita akan terserlah bila mana ramai pelajar PhD yang mahu berguru dan faham bagaimana menjalankan penyelidikan yang betul. Untuk memantapkan kemahiran ini, kita boleh melatih pelajar-pelajar peringkat bawah seperti pelajar diploma, dan bachelor. Jadikan budaya penyelidikan di kalangan pelajar dan galakkan juga mereka dalam pertandingan inovasi. Secara tidak langsung, kita sudah menyelia pelajar dan ini akan terus meyumbang kepada kemahiran penyelidikan yang akan kita gunakan pada pelajar master dan PhD. Saya tidak berapa setuju bila kita biarkan pelajar peringkat bachelor menyiapkan 'project paper' secara ala-kadar. Apa bezanya penyelidikan peringkat bachelor, master, dan PhD? Tidak ada perbezaan yang ketara, hanya mungkin di peringkat bachelor, hypothesesnya mungkin 3 aje, berbanding peringkat master 5 hypotheses dan 10 hypotheses di peringkat PhD. Kaedah pengumpulan data juga sama, kalau peringkat bachelor kita pakai stratified random sampling, di peringkat master dan PhD juga kita guna stratified random sampling. Data analysis, sama juga kalau di peringkat bachelor kita guna exploratory dan confirmatory factor analysis di peringkat yang tinggi kita guna kaedah yang sama. Mungkin variables aje yang kurang sedikit kalau diperingkat bachelor, atau significance to new knowledge di peringkat bawah kita tumpukan hanya pada pembentukkan model aje, dan diperingkat tinggi kita akan cuba memperkenalkan 'theory' atau 'law' yang baru. Selain dari itu, kita perlu menjadi leader di fakulti atau di jabatan di mana kepakaran kita diperlukan. Buat buku, buat artikel dalam jurnal berimpak tinggi, jadi reviewer dalam jurnal berimpak tinggi, jadi key-note speaker, jadi konsultan atau jadi examiner master. Paling kurang pun berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Apa salahnya amalkan budaya berkongsi ilmu. Sebab berkongsi ilmu akan menjadikan kita lebih mahir dan Allah akan buka hati kita untuk terima lebih banyak ilmu. Jangan takut ilmu yang kita ada akan hilang, sebab ianya tak sama macam wang ringgit, selagi berbelanja, habis licin, tapi kalau ilmu diberikan kepada orang, InsyaAllah ianya akan kekal dan bertambah. Saya amat yakin dengan saranan itu. Itukan kerja amal. Selain dari itu, jika takut berseorangan, dapatkan rakan yang boleh bekerjasama dalam segenap masa. Bukan sleeping partner, sebab tu bila ramai bertanya, kenapa zaidi selalu dengan intan, tak dapat cari partner lain ke? Saya menjawab dengan mudah...dah terlalu serasi...
Comments