Mengajar kelas DBA
Di ITEX 2008, saya diberitahu oleh koordinator postgraduate bagi mengajar kelas Doctor of Business Administration (DBA). Buat masa sekarang kita tidak ramai graduate PhD dan belum ada lagi yang tamat DBA. Apa masalahnya Dr.? Saya bertanya untuk mendapat kepastian. Kebanyakkan mereka sangat bagus dalam kelas. Tapi bila sampai peringkat buat research, ramai yang tidak berapa faham. Begitulah jawapannya, tak berapa faham buat research. Itulah puncanya. InsyaAllah akan cuba berkongsi pengalaman PhD saya untuk kelas penyelidikan DBA nanti. Itu janji saya. Bila terfikirkan perkara ini, saya teringatkan bagaimana saya berpendapat bahawa kita perlu serius bila menyelia pelajar bachelor supaya mereka mempunyai asas penyelidikan yang kukuh. Dengan itu, ini akan memungkinkan mereka menamatkan pengajian master dan PhD/DBA dengan baik. Jika asas penyelidikan tidak kukuh, maka untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi 'amat' menyukarkan. Pernah saya bertanya kepada beberapa pelajar master mengenai latarbelakang penyelidikan mereka. Pernah belajar buat research? Pernah Dr., tapi supervisor macam 'cincai' aje, dan tak berapa kisah macamana hendak buat research. Paling mudah, supervisor suruh kami refer pada project paper senior di library. Kami tahu yang project paper senior pun taklah berapa baik. Sekarang ni, kami ada masalah untuk buat desertation. Saya hanya mengangguk. Memang benar apa yang dikatakan oleh pelajar master berkenaan. So, kita perlu didik dengan betul pelajar bachelor untuk buat project paper yang lengkap dengan theoretical framework, gaps of knowledge, exploratory factor analysis, dan confirmatory factor analysis. Yang berbeza diantara project paper bachelor dengan master/PhD/DBA ialah jumlah hypotesesnya. Itu aje. Yang lain saya rasa sama aje. Kita perlu galakkan mereka membuat research. Salah satu cara ialah bagi assignment. Bila dah biasa dengan research, pelajar ini tidak lagi diibaratkan sebagai teraba-raba dalam hutan belantara mencari arah keluar dari hutan tersebut. Kompas pula tak ada, so sesat terus dalam hutan belukar itu sampai bila-bila....(harap faham tamsilan saya).
Comments